02 Apr 2024

 

 

 Berita Terkini Perjuangan Kita

 Berita Terkini Perjuangan Kita: Dengan izin Allah SWT, kami gembira mengumumkan kemajuan ketara dalam kempen #BankTakIkhlas; kebanyakan bank kini telah berjanji memberikan sebahagian bayaran Bantuan Perayaan (FA). Ini adalah bukti gabungan suara dan doa kita! 

Kami mengucapkan tahniah kepada FSE-1 kerana berjaya terus menerima Bantuan Perayaan sebulan selepas solat berjemaah pertama kita pada 1 April 2024. Kami mengucapkan terima kasih kepada semua ahli NUBE atas sokongan, keazaman dan solat jemaah dilakukan.

Perjuangan kita belum selesai!

Lebih daripada 90% ahli NUBE hanya menerima 50% daripada FA. Kami akan mempertingkatkan tindakan kami sehingga semua ahli NUBE menerima bayaran penuh gaji sebulan sebagai Bantuan Perayaan seiring semangat SATU UNTUK SEMUA DAN SEMUA UNTUK SATU.

Marilah kita bersama-sama berganding bahu demi keadilan dan kesaksamaan. Perjuangan masih diteruskan, dan sokongan anda kini lebih penting lagi memandangkan Hari Raya Aidilfitri bakal disambut dalam tempoh lapan hari. 

BERSATU kita TEGUH BERCERAI kita ROBOH.

#NUBE #BankTakIkhlas

 

 

Likes Comments

 

To post likes and comments on National Union of Bank Employees stories, you will need to Signin or Register Now

 

 

Connect with NUBE

The NUBE will use the information you provide in this form to send you information by e-mail. You can change your mind at any time by following the unsubscribe instructions in the footer of any email you receive from us, or by contacting us at nube_hq@nube.org.my