03 Apr 2024

 

 

Konspirasi Terbongkar 

Konspirasi Terbongkar 

Pada 2 April 2024, banyak bank mengumumkan akan membayar ahli NUBE “Bayaran Perayaan Ex-Gratia 2024 sekali bayar ("one off")”.  Kebanyakan bank telah membuat bayaran itu pada hari yang sama, ada yang melakukannya hari ini iaitu 3 April 2024, manakala ada bank pula yang akan bayar pada 5 April 2024. 

Kami gembira untuk ahli FSE-1 yang menerima bayaran sebulan gaji sebagai Bantuan Perayaan,  namun kami amat kecewa kerana lebih daripada 90% ahli NUBE hanya dibayar 50% daripada Bantuan Perayaan itu.  Semua ahli NUBE juga telah di "scam" oleh MCBA dan Menteri. 

Kami kini yakin bahawa MCBA telah membuat satu perjanjian rahsia dengan Menteri Sumber Manusia, YB Steven Sim Chee Keong 沈志强 untuk mendiskriminasi lebih daripada 90% ahli NUBE dan menipu semua ahli NUBE, tetapi berlakon seperti mereka membantu kita. 

Ikuti kami untuk maklumat terkini mengenai scam terbaru yang dilakukan oleh pengurusan tertinggi bank-bank, dengan bantuan dan bersubahat dengan Menteri Sumber Manusia negara ini. 

#PenyalahgunaanKuasaMenteri #KeadilanUntukPekerjaBank #YBStevenSimTakIkhlas

 

 

Likes Comments

 

To post likes and comments on National Union of Bank Employees stories, you will need to Signin or Register Now

 

 

Connect with NUBE

The NUBE will use the information you provide in this form to send you information by e-mail. You can change your mind at any time by following the unsubscribe instructions in the footer of any email you receive from us, or by contacting us at nube_hq@nube.org.my