04 Apr 2024

 

 

Kekuatan dalam Cerita Kita 

Kekuatan dalam Cerita Kita 

Semangat solidariti, Saudari Fiqa Qeisya Tsaaqif telah berkongsi kisahnya, melaungkan suara harapan demi perjuangan kita. Ini bukan hanya cerita beliau; ianya adalah cerita kita semua. 

Kami mengajak semua pekerja bank untuk menyertai gerakan #SayaPekerjaBank. Ceritakan pengalaman anda, bagaimana Bantuan Perayaan (FA) akan membantu anda dan keluarga anda menyambut Hari Raya. Mulakan video anda dengan kata-kata, "Saya Pekerja Bank..." dan kongsi cerita anda.

Bagaimana untuk Menyertai:

1. Rakam video cerita anda.

2. Muat naik ke akaun Facebook anda.

3. Tag NUBE dan Ahli Parlimen (MP) anda untuk membawa suara kita ke depan.

4. Gunakan hashtag #SayaPekerjaBank #BankTakIkhlas & #NUBE dalam kapsyen anda, serta tambahkan hashtag kawasan parlimen anda.

Kita perlu mempertahankan keadilan dan memastikan suara kita didengari. Cerita anda adalah kuasa yang membawa perubahan. 

Mari kita teruskan momentum ini. Kongsi cerita anda, sokong satu sama lain, dan bersama, kita akan membuat perbezaan. 

#BankTakIkhlas #NUBE #KeadilanUntukPekerjaBank

 

 

Likes Comments

 

To post likes and comments on National Union of Bank Employees stories, you will need to Signin or Register Now

 

 

Connect with NUBE

The NUBE will use the information you provide in this form to send you information by e-mail. You can change your mind at any time by following the unsubscribe instructions in the footer of any email you receive from us, or by contacting us at nube_hq@nube.org.my