Pengingat Penting: Kita Bersolat Berjemaah demi Hak Bantuan Perayaan Satu Bulan Gaji
Pengingat Penting: Kita Bersolat Berjemaah demi Hak Bantuan Perayaan Satu Bulan Gaji
Salam sejahtera buat seluruh ahli NUBE yang berdedikasi,
Semangat kesatuan, kecekalan dan azam yang tinggi kita akan teruskan solat berjemaah Zohor dan Asar hari ini di tempat kerja masing-masing demi kesaksamaan, keadilan dan integriti di tempat kita bekerja.
Waktu Solat Berjemaah:
Zohor: Diadakan tepat pada waktu Zohor setiap hari.
Asar: Berlangsung pada waktu Asar.
Solidaritas kita dalam solat berjemaah ini menegakkan ibadah, menjadi lambang perpaduan dan kekuatan kita sebagai satu keluarga Kesatuan yang memperjuangkan hak-hak kita.
Kekuatan doa dan kesatuan kita yang telus memperjuangkan hak kita, sebarang halangan akan kita atasi bersama.
Marilah kita teruskan usaha kita, memohon kepada Yang Maha Berkuasa agar membuka hati pihak pengurusan bank untuk memenuhi janji mereka kepada kita semua dalam isu Bantuan Perayaan, dan yang lebih penting penghormatan kita, keadilan, kesejahteraan setiap anggota keluarga NUBE dan integriti sektor kewangan negara.
Bersama, kita pasti menang!
#NUBEBersatu #SolatBerjemaahNUBE #KeadilanUntukSemua #HakFAPenuh
Likes Comments





To post likes and comments on National Union of Bank Employees stories, you will need to Signin or Register Now