Pengumuman Khas: Sidang Media NUBE Akan Datang
Pengumuman Khas: Sidang Media NUBE Akan Datang
Seruan kepada semua ahli, rakan media, dan penyokong!
Kesatuan Kebangsaan Pekerja Pekerja Bank (NUBE) akan mengadakan sidang media penting untuk membincangkan isu-isu mendesak yang mengimpak ahli kami dan komuniti perbankan secara umum. Ini adalah peluang kita bersatu padu dan menyuarakan pendapat kita.
Kebenaran Terbongkar:
Matlamat kami adakah untuk mendedahkan rundingan rahsia Menteri YB Steven Sim Chee Keong 沈志强 bersama Persatuan Bank-Bank Komersial Malaya (MCBA), yang tidak adil dalam pembayaran "ex gratia festival sekali bayar (one-off)" yang jauh lebih rendah berbanding apa yang dipersetujui dalam Memorandum Persetujuan Bantuan Perayaan. Tindakan ini telah secara tidak adil mengurangkan Bantuan Perayaan yang di harapkan oleh lebih daripada 90% ahli NUBE.
Kehadiran dan sokongan anda dapat membawa perubahan yang signifikan. Mari kita sama-sama lambangkan perpaduan kita secara bersama dan komitmen terhadap perjuangan kita.
Untuk sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, sila menghubungi kami. Mari kita manfaatkan momen ini untuk setiap pekerja bank yang berjuang untuk keadilan dan kesaksamaan dalam industri kita. Jumpa di sana!
#NUBE #BankWorkersUnite #SidangMedia #BersatuPadu #BankTakIkhlas #YBStevenSimTakIkhlas
Bersama, kita lebih kuat. Bersama, kita mencipta perubahan.
Likes Comments





To post likes and comments on National Union of Bank Employees stories, you will need to Signin or Register Now