16 Apr 2024

 

 

 PENGUMUMAN PENTING:

 PENGUMUMAN PENTING:

Panduan Melaksanakan Solat Semasa Waktu Bekerja 

Salam sejahtera,

Dalam perjuangan yang berterusan, kita berusaha untuk memastikan setiap ahli NUBE mendapat hak yang sepatutnya di tempat kerja.

Bagi memperingatkan dan menyebarkan informasi penting, ini adalah Panduan Kementerian Sumber Manusia berkenaan dengan Panduan Melaksanakan Solat Semasa Waktu Bekerja.

Panduan ini secara jelas - majikan perlu menyediakan bilik solat yang bersih, tertutup, dan terpisah untuk lelaki dan wanita . Ini adalah hak asasi yang tidak boleh diabaikan, dan setiap majikan wajib mematuhinya untuk memastikan setiap pekerja dapat melaksanakan ibadah mereka dengan selesa dan aman.

Kami menggesa semua ahli untuk mengambil tindakan melaporkan sebarang kekurangan fasiliti solat di tempat kerja masing-masing. Adalah penting untuk kita bersama-sama memastikan tempat kerja kita memenuhi keperluan agama dan keselamatan yang ditetapkan .

Mari kita bersatu dalam memperjuangkan hak-hak kita. Jangan ragu untuk menghubungi wakil NUBE anda atau menggunakan platform yang telah disediakan untuk melaporkan isu ini.

Bersama-sama, kita memastikan semua tempat kerja menghormati dan mematuhi panduan yang telah ditetapkan.

Anda berhak, Anda dilindungi.

#HakPekerja #NUBEBersatu #SolatWajib #BankTakIkhlas #SolatBerjemaahNUBE 

 

 

Likes Comments

 

To post likes and comments on National Union of Bank Employees stories, you will need to Signin or Register Now

 

 

Connect with NUBE

The NUBE will use the information you provide in this form to send you information by e-mail. You can change your mind at any time by following the unsubscribe instructions in the footer of any email you receive from us, or by contacting us at nube_hq@nube.org.my