19 Apr 2024

 

 

Moh ke Temerloh 

Moh ke Temerloh 

Temerloh bandar si ikan patin, 

Mari dimasak pelbagai juadah, 

Moh berjuang zahir dan batin, 

Membujur lalu melintang patah.

Pasukan KLSP telah berjumpa dengan ahli-ahli NUBE dari Bank Islam, Bank Muamalat, Maybank dan Public Bank di Temerloh. 

Tujuan perjumpaan ini adalah untuk melakar langkah-langkah yang diperlukan berkenaan perjuangan NUBE serta pemahaman tugasan ahli dan Jawatankuasa Penyelaras (IRC) dalam pelbagai perkara yang meliputi hak dan tanggungjawab seorang pekerja di tempat kerja dan topik yang paling utama adalah berkaitan kesihatan dan keselamatan, kebajikan serta maruah dan martabat pekerja. 

NUBE KLSP yang diwakili oleh Sdra Muhamad Shaimi Abdul Wahab (AJK KLSP), Sdra Mohd Faisal Husin (Naib Pengerusi KLSP) dan Sdri A Karuna (SU Kehormat KLSP) telah bersama ahli-ahli dalam sesi mesyuarat, sembang santai dan makan malam. 

NUBE KLSP mengucapkan tahniah kepada para IRC yang bakal menjalankan tugas dan kepada semua ahli-ahli yang telah meluangkan masa bersama AJK KLSP. 

 

 

Likes Comments

 

To post likes and comments on National Union of Bank Employees stories, you will need to Signin or Register Now

 

 

Connect with NUBE

The NUBE will use the information you provide in this form to send you information by e-mail. You can change your mind at any time by following the unsubscribe instructions in the footer of any email you receive from us, or by contacting us at nube_hq@nube.org.my