19 Apr 2024

 

 

Hidup kayu biar berbuah,

Hidup kayu biar berbuah,

Hidup manusia berjasa

Alhamdulillah! Usaha gigih kita dapat dilihat oleh Parti PAS.

Dalam satu kenyataan TV PAS, YB Ustaz Ahmad Fadhli Shaari, Ketua Penerangan PAS Pusat telah berkata bahawa PAS mengikuti rapat isu Kesatuan Kebangsaan Pekerja-Pekerja Bank (NUBE) Wilayah Utara yang telah membuat laporan polis terhadap Menteri Sumber Manusia, Steven Sim Chee Keong di mana beliau dikatakan telah menyalahguna kuasa dalam isu pembayaran bantuan perayaan bagi pekerja-pekerja bank.

YB Ahmad juga mengulas kenyataan Timbalan Presiden NUBE, Sdra Abdul Jamil Jalaludeen

rundingan berhubung pembayaran bantuan itu hanya dilakukan oleh Steven Sim dan Persatuan Bank-Bank Perdagangan Tanah Melayu (MCBA) tanpa penglibatan NUBE. Ditambah pula, tindakan Steven Sim membenarkan pemberian bantuan khas perayaan pada kadar setengah bulan gaji serta secara one-off adalah bertentangan dengan Memorandum Perjanjian dengan MCBA yang ditandatangani mereka pada 5 April tahun lalu.

Sebuah parti yang berusaha bagi akar umbi akan faham perjuangan akar umbi seperti NUBE.

NUBE amat menghargai keprihatinan PAS dalam perjuangan NUBE dan mengucapkan jutaan terima kasih kepada Parti PAS.

Ikuti artikel penuh TV PAS ini…”Adil, Prihatin, Berkebajikan”.

Source : https://www.facebook.com/share/p/rLCkaRDZ9vLTut4W/?mibextid=qi2Omg

 

 

Likes Comments

 

To post likes and comments on National Union of Bank Employees stories, you will need to Signin or Register Now

 

 

Connect with NUBE

The NUBE will use the information you provide in this form to send you information by e-mail. You can change your mind at any time by following the unsubscribe instructions in the footer of any email you receive from us, or by contacting us at nube_hq@nube.org.my