20 Apr 2024

 

 

 

NUBE BUAT LAPORAN POLIS TERHADAP MENTERI SUMBER MANUSIA PENYALAHGUNAAN KUASA

NUBE BUAT LAPORAN POLIS TERHADAP MENTERI SUMBER MANUSIA PENYALAHGUNAAN KUASA

Oleh : Thisaigal TV Malaysia

Lima cawangan Kesatuan Kebangsaan Pekerja Bank (NUBE) telah membuat laporan polis terhadap Menteri Sumber Manusia, Steven Sim.

Laporan itu dibuat atas penyalahgunaan kuasa dan Steven secara rahsia telah berbincang dengan Persatuan Bank-bank Komersial Malaysia (MCBA) tanpa pengetahuan Majlis Eksekutif Kebangsaan NUBE berkenaan dengan pembayaran Bantuan Perayaan untuk tahun ini.

Dimaklumkan pada 5hb April 2023, NUBE telah menandatangani satu Memorandum Perjanjian (MOA) dengan MCBA yang menetapkan bank membayar satu bulan gaji sebagai Bantuan Perayaan kepada semua ahli-ahlinya.

Walaupun proses runding-damai masih berjalan, Menteri Sumber Manusia yang sepatutnya melindungi kepentingan Pekerja tetapi bersubahat dan bersengkokol dengan Majikan (MCBA) secara rahsia tanpa pengetahuan dan persetujuan NUBE.

Sumber : Thisaigal TV Malaysia

Thisaigal Malaysia News

 

 

Likes Comments

 

To post likes and comments on National Union of Bank Employees stories, you will need to Signin or Register Now

 

 

Connect with NUBE

The NUBE will use the information you provide in this form to send you information by e-mail. You can change your mind at any time by following the unsubscribe instructions in the footer of any email you receive from us, or by contacting us at nube_hq@nube.org.my