The Focus News
The Focus News
Professor Ramasamy: Adakah Menteri Sumber Manusia Steven Sim tidak peduli akan NUBE dalam penglibatannya dengan bank perdagangan?
"Soalan NUBE sangat mudah dan terus-terang: mengapa Sim tidak memanggil kedua-dua, kesatuan dan pengurusan untuk mendamaikan perbezaan mereka mengenai pembayaran perayaan untuk tahun ini"
"Tanpa campur tangan kerajaan, mungkin akan berlaku pertikaian industri di negara ini."
"Saya tidak pasti samaada Sim yang baru dilantik tahu berkenaan peranan sebenar kerajaan dalam pengawalan perhubungan antara pekerja dan majikan."
"Beliau dilantik sebagai menteri dalam rombakan kabinet baru-baru ini bukan kerana bakatnya tetapi kerana kualiti akomodasinya yang pasif."
Apabila Sim didekati media, beliau enggan mengulas kecuali berkata pertikaian itu telah dirujuk ke Mahkamah Perusahaan.
Soalan saya ialah: jika Sim begitu bersemangat menunjukkan prestasi 100 hari sebagai 'cemerlang' beliau dalam bentuk kad laporan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, mengapa beliau enggan melibatkan kesatuan dan pengurusan pada masa yang sama ?
Pertanyaan Profesor Ramasamy tepat dan padat
Pemerhatian Profesor Ramasamy berkenaan isu Bantuan Perayaan kita tepat sekali. Anda boleh baca keratan akhbar yang menarik itu dengan lebih lanjut dalam pautan di bawah:
Likes Comments





To post likes and comments on National Union of Bank Employees stories, you will need to Signin or Register Now