Saksikan persiapan
Saksikan persiapan dan sambutan Hari Raya yang sederhana dari Saudara Mohd Hafizi Abdul Halim dan keluarga muda beliau dari Melaka Raya. Walaupun hanya menerima 50% dari Bantuan Perayaan (FA) yang telah dipersetujui, semangat mereka untuk merayakan tetap tinggi.
Dalam video ini, Saudara Hafizi mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua dan berazam untuk terus berjuang demi mendapatkan hak FA penuh. Beliau percaya dengan kekuatan persatuan, kita semua dapat menghadapi cabaran ini bersama-sama. Mari kita dukung dan bersatu dalam perjuangan ini.
Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin dari kami semua. Bersama, kita akan meneruskan perjuangan ini dengan harapan dan semangat yang tidak pernah padam. #BankTakIkhlas #NUBE #YBStevenSimTakIkhlas #SalamAidilfitri
Likes Comments





To post likes and comments on National Union of Bank Employees stories, you will need to Signin or Register Now