23 Apr 2024

 

 

YB Arthur Joseph Kurup yang dihormati,

YB Arthur Joseph Kurup yang dihormati,

Kami warga NUBE amat berdukacita setelah mendengar tentang pemergian ayahanda tercinta, Tan Sri Joseph Kurup telah kembali mengadap Penciptanya. Salam takziah dari kami dan doa kami semoga ayahanda bersemadi dengan tenang.

Sumbangan ayahanda kepada negara kita akan sentiasa diingati, dan legasinya akan terus memberi inspirasi kepada ramai orang. Semoga segala kenangan indah yang anda kongsi bersamanya akan sentiasa bersemadi di hati sanubari, dan semoga kasih sayang serta sokongan keluarga serta rakan-rakan memberikan anda kekuatan dan ketenangan pada hari-hari mendatang.

Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph Kurup meninggal dunia di Kuala Lumpur pada 17 April 2024, di usia 79 tahun. Bersemadilah dengan tenang dan aman.

Dengan simpati yang tulus,

J Solomon

Setiausaha Agung,

NUBE Malaysia.

 

 

Likes Comments

 

To post likes and comments on National Union of Bank Employees stories, you will need to Signin or Register Now

 

 

Connect with NUBE

The NUBE will use the information you provide in this form to send you information by e-mail. You can change your mind at any time by following the unsubscribe instructions in the footer of any email you receive from us, or by contacting us at nube_hq@nube.org.my