Kesatuan Kebangsaan Pekerja-Pekerja Bank (NUBE) Kecam Tindakan Menteri Sumber Manusia
Kesatuan Kebangsaan Pekerja-Pekerja Bank (NUBE) Kecam Tindakan Menteri Sumber Manusia
Menurut artikel terbaru dari Sinar Daily, NUBE telah mengecam keras Menteri Sumber Manusia, Steven Sim, atas dakwaan pengkhianatan kepercayaan. NUBE mendakwa bahawa Menteri Sim telah membuat perjanjian dengan Persatuan Bank-Bank Perdagangan Malaya (MCBA) mengenai elaun "Bantuan Perayaan" yang sepatutnya ahli kesatuan berhak menerimanya mengikut memorandum perjanjian (MoA), tanpa melibatkan kesatuan dalam perbincangan tersebut. Ini telah mengakibatkan bantuaan perayaan tahunan pekerja bank dipotong menjadi separuh.
Tindakan ini dilihat sebagai langkah yang merosakkan kepercayaan pekerja bank dan menunjukkan kegagalan dalam memastikan proses yang adil dan terbuka dalam pengurusan perhubungan industri. NUBE menyeru tindakan ini sebagai pengkhianatan yang tidak boleh diterima dan meminta agar isu ini disiasat dengan teliti.
#WorkersNotPawns #KeadilanUntukPekerja #BankTakIkhlas #StevenSimTakIkhlas
source : https://www.facebook.com/share/p/aSewmJV7Z4AmgLB3/?mibextid=qi2Omg
Likes Comments





To post likes and comments on National Union of Bank Employees stories, you will need to Signin or Register Now