25 Apr 2024

 

 

NUBE KLSP Advance Seminar (Hari Pertama)

NUBE KLSP Advance Seminar (Hari Pertama)

'Pergi ke pasar mencari jamu,

Pohon ditebang dibuat papan,

Bersama bersatu mencari ilmu,

Sebagai bekalan di masa hadapan.'

Seramai 26 orang peserta dari pelbagai bank telah memulakan sesi Seminar Advance anjuran NUBE KLSP yang bertempat di NUBE Training Centre, Teluk Kemang, petang semalam.

Sesi pertama telah dimulakan dengan taklimat wakil dari PSM untuk Skim Insuran Berkelompok Great Eastern, yang dijemput khas untuk peserta di seminar ini untuk mengambil peluang menyertai Insuran perlindungan diri.

Pelbagai topik dan modul pembelajaran yang disediakan dalam seminar ini yang akan mengkhususkan kepada topik Pengucapan Awam dan Siasatan Dalaman.

Hari pertama berlangsung dengan jayanya dengan pembelajaran “public speaking” dan akan diteruskan esok dengan pembentangan tugasan pertama yang telah diberikan kepada para peserta.

Seminar ini akan berlangsung selama 4 hari bermula dari 24 hingga 27 April 2024.

 

 

Likes Comments

 

To post likes and comments on National Union of Bank Employees stories, you will need to Signin or Register Now

 

 

Connect with NUBE

The NUBE will use the information you provide in this form to send you information by e-mail. You can change your mind at any time by following the unsubscribe instructions in the footer of any email you receive from us, or by contacting us at nube_hq@nube.org.my