NUBE KLSP Advance Ssminar (Hari Kedua)
NUBE KLSP Advance Ssminar (Hari Kedua)
"Ilmu bukanlah dihafal,
Tetapi perlu diserap sebagai manfaat."
Kesemua 26 orang peserta Seminar telah memulakan sesi hari kedua dengan menyusuri persisiran pantai Teluk Kemang seawal jam 6.30 pagi.
Mereka kemudiannya telah membentangkan tugasan pertama yang telah diberikan dengan bersemangat dalam sesi Pengucapan Awam secara berkumpulan.
Curahan pendapat dan idea sambil diselangi dengan gelak ketawa telah menghasilkan pembentangan yang menarik dari para peserta.
Mereka telah bekerjasama dengan baik mempamerkan bakat terpendam masing-masing melalui pembentangan kreatif dalam menyelesaikan tugasan dalam topik Perjanjian Kolektif.
Kesemua peserta terus gigih dan bersemangat sehingga ke penghujung hari kedua.
Semoga dengan kesepakatan untuk menimba ilmu yang dipamerkan oleh 26 peserta ini dapat memberikan keyakinan untuk mereka menjadi pemimpin yang kental, yakin serta berani dalam membantu segala usaha NUBE KLSP di masa akan datang.
Likes Comments





To post likes and comments on National Union of Bank Employees stories, you will need to Signin or Register Now