NUBE KLSP Advance Seminar (Hari Ketiga)
NUBE KLSP Advance Seminar (Hari Ketiga)
"Kalau berakit saudara berlima,
Jangan dilupa bawalah pukat,
Ilmu yang ada dikongsi bersama,
Besarnya nikmat membawa berkat."
Sesi pembelajaran pada hari ketiga bagi 26 peserta Seminar Advance NUBE KLSP diteruskan dengan topik Siasatan Dalaman.
Para peserta telah ditunjukkan proses bagaimana siasatan dalaman dijalankan dan apakah perkara-perkara yang perlu difahami oleh mereka bagi memudahkan mereka membantu ahli-ahli NUBE pada masa hadapan.
Sesi pada sebelah petang diteruskan dengan kehadiran dari wakil insuran, Puan Dorothy yang telah sudi hadir untuk menyampaikan taklimat ulangan berkenaan faedah perubatan keluarga AIA/NUBE.
Sesi pada hari ketiga ini ditutup dengan persembahan kebudayaan dari kesemua 26 peserta mengikut kumpulan dalam majlis makan malam kecil yang diadakan khusus untuk meraikan mereka yang bakal menamatkan sesi pembelajaran pada hari esok.
Likes Comments





To post likes and comments on National Union of Bank Employees stories, you will need to Signin or Register Now