28 Apr 2024

 

 

Situasi "jatuh ditimpa tangga"  dialami oleh ramai ahli yang berdepan dengan isu kesihatan. 

Situasi "jatuh ditimpa tangga"  dialami oleh ramai ahli yang berdepan dengan isu kesihatan. 

Sejak tahun lepas, banyak bank mengeluarkan sama ada surat tunjuk sebab  kepada ahli untuk menjelaskan tuduhan bilangan cuti sakit yang tinggi atau surat nasihat seolah-olah mereka benar-benar prihatin tentang kesihatan ahli.

Pada hakikatnya, mereka tidak peduli tentang kita. 

Beberapa orang ahli mendapatkan nasihat  kami untuk menanggani tindakan pengurusan bank-bank ini. Namun, ramai ahli redha sahaja. 

 Jangan anggap perkara ini remeh! 

Surat tunjuk sebab dan/atau surat nasihat tidak boleh dianggap enteng. Pengurusan bank mempunyai agenda tersembunyi - iaitu untuk membina kes terhadap pekerja dengan apa yang mereka dakwa sebagai cuti sakit yang tinggi bertujuan menamatkan kontrak pekerjaan di bawah istilah yang dipanggil "kekecewaan kontrak". 

Oleh itu, jangan sekali-kali menganggap surat tunjuk sebab atau surat nasihat sebagai perkara kecil.

Sentiasa mencari nasihat dan bimbingan dalam menangani hal seperti ini untuk melindungi sekuriti perkerjaan anda. 

 Pencegahan lebih baik daripada mengubati. 

Remedi untuk mencabar tindakan majikan yang salah sangat mahal di Malaysia. 

 

 

Likes Comments

 

To post likes and comments on National Union of Bank Employees stories, you will need to Signin or Register Now

 

 

Connect with NUBE

The NUBE will use the information you provide in this form to send you information by e-mail. You can change your mind at any time by following the unsubscribe instructions in the footer of any email you receive from us, or by contacting us at nube_hq@nube.org.my