28 Apr 2024

 

 

Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri NUBE Northern Region PKP

Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri NUBE Northern Region PKP

Georgetown, Penang 26 April 2024 - "Perjuangan kita belum selesai" antara kata-kata semangat daripada Pengerusi NUBE Wilayah Utara Sdr Abdul Jamil Haji Jalaludeen yang juga merangkap Timbalan Presiden NUBE Malaysia di dalam ucapan beliau di majlis hari raya Aidilfitri NUBE NR 2024 malam ini kepada semua hadirin yang merupakan ahli-ahli NUBE NR. Di kesempatan ini juga Sdr Abdul Jamil telah mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua para hadirin yang datang.

Majlis Hari Raya Aidilfitri NUBE NR telah diadakan hari ini di NUBE NR House bagi menyambung tradisi cawangan dalam mengadakan sambutan bagi setiap perayaan yang disambut oleh ahli-ahli NUBE NR. Majlis telah dimulakan dengan kata-kata aluan oleh pengerusi majlis Sdr Shukri bersama-sama Sdri Munirah bagi mengalu-alukan kedatangan para dif kehormat dari Ibu Pejabat Kontigen Pulau Pinang YDHACP Rozeni Bin Ismail -KJSJK PULAU PINANG dan penolong beliau, barisan Saudara-saudari Secretariat, Ahli Jawatankuasa Cawangan, Ahli Jawatankuasa Kerja, Sayap-sayap Wanita NUBE NR, Ahli Jawatankuasa Penyelaras dan ahli-ahli NUBE NR yang datang dari Kedah, Penang dan Perlis.

Pelbagai juadah makanan telah dihidangkan dan acara cabutan bertuah telah diadakan khas buat Ahli-ahli NUBE NR bagi memeriahkan lagi majlis pada malam ini.

Di samping dapat bertemu mesra mengeratkan silaturahim dan bermaaf-maafan sempena Aidilfitri dalam suasana riang ria Aidilfitri hadirin semua sempat berswap foto antara satu sama lain untuk dibuat kenangan.

 

 

Likes Comments

 

To post likes and comments on National Union of Bank Employees stories, you will need to Signin or Register Now

 

 

Connect with NUBE

The NUBE will use the information you provide in this form to send you information by e-mail. You can change your mind at any time by following the unsubscribe instructions in the footer of any email you receive from us, or by contacting us at nube_hq@nube.org.my