10 May 2024

 

 

PERJUMPAAN PEGAWAI NUBE NR PKP BERSAMA AHLI DI SCB GURNEY PARAGON

PERJUMPAAN PEGAWAI NUBE NR PKP BERSAMA AHLI DI SCB GURNEY PARAGON

Georgetown Penang, 8 Mei 2024 - Satu sesi perbincangan bersama ahli NUBE di Standard Chartered Bank Cawangan Gurney Paragon telah diadakan pada hari ini. Wakil dari NUBE NR-PKP yang menghadiri sesi perjumpaan tersebut ialah Naib Pengerusi Sdra Zainul , Setiausaha Kehormat Sdri Siti Haryati , Bendahari Kehormat Sdri Harinder Kaur dan AJK Cawangan Cheng Al-Vin.

Fokus utama perjumpaan ini adalah bagi membincangkan permasalahan berkaitan skop pekerjaan yang timbul selepas Ahli dipindahkan ke Cawangan Gurney Paragon. Ahli - Ahli diingatkan agar segera menghubungi Ketua Zon bagi mendapatkan solusi atau khidmat nasihat apabila timbul sebarang permasalahan ditempat kerja.

*Anak cina mencari galah*

*Galah panjang celahan perdu*

*Apalah guna berpecah belah*

*Banyak hikmahnya bersatu padu*

Sdra Zainul juga memberi kata- kata semangat kepada ahli berkaitan kepentingan Solidariti dalam menghadapi cabaran yang semakin mencabar hari ini.Mesej Solidariti tersebut merangkumi perihal perpaduan, kekitaan, kerjasama antara satu sama lain dan sayang-menyayangi bagaikan satu keluarga yang besar.

#sayapekerjabank

#BankTakIkhlas

#kesumatakikhlas

#hargaketidakadilan

#solidaritibersamanube

#NUBE

NUBE Malaysia

 

 

Likes Comments

 

To post likes and comments on National Union of Bank Employees stories, you will need to Signin or Register Now

 

 

Connect with NUBE

The NUBE will use the information you provide in this form to send you information by e-mail. You can change your mind at any time by following the unsubscribe instructions in the footer of any email you receive from us, or by contacting us at nube_hq@nube.org.my