17 May 2024

BERITA NUBE

 

Port Dickson - Kursus Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (OSHA) 2024

Port Dickson - Kursus Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (OSHA) 2024 selama dua hari bermula pada 15hb dan 16hb Mei 2024 telah diadakan di Pusat Latihan NUBE, Teluk Kemang. Seramai 27 ahli dari seluruh cawangan NUBE Malaysia telah hadir dan mengambil bahagian dalam kursus ini. Ucapan pembukaan bagi hari pertama kursus telah disampaikan oleh Sdr. Faizal, merangkap Naib Presiden NUBE. 

Objektif kursus ini adalah untuk memberi panduan, maklumat dan tindakan yang boleh diambil untuk mencegah risiko kesihatan serta memastikan keselamatan dalam operasi harian di tempat kerja adalah selamat dan sihat. 

Fasilitator yang diketuai oleh En. Ong Theng Chai dan rakan-rakannya telah memberikan pelbagai input yang berguna dan informasi terkini berkaitan amalan dan pematuhan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan di tempat kerja kepada semua peserta sepanjang kursus ini dijalankan. 

Para peserta juga diberikan penerangan mengenai pengenalan Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 pindaan 2022. En. Malkit Singh Dhaliwal, yang diberi mandat oleh NUBE untuk mengatur seminar ini, turut hadir memberikan sokongan dan memastikan program berjalan lancar. Para peserta turut didedahkan kepada contoh-contoh kategori Hazard (Kenalpasti Bahaya) dan HIRARC (Penilaian Risiko & Kawalan Risiko) di tempat kerja oleh En. Ong Theng Chai dan Pn. Fera Shima Binti Abdullah. 

Dalam ucapan penutupan yang disampaikan oleh Setiausaha Agung NUBE, Sdr. J. Solomon, pada hari terakhir kursus, beliau menekankan pentingnya kesedaran ahli berkaitan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan di tempat kerja demi menjamin kesejahteraan dan produktiviti pekerja. Selain itu, setiap ahli perlu memainkan peranan untuk mematuhi peraturan keselamatan, melaporkan bahaya, dan mengetahui tindakan yang menyumbang kepada persekitaran yang lebih selamat di tempat kerja. Beliau juga memuji komitmen dan disiplin yang ditunjukkan oleh semua peserta sepanjang tempoh kursus. 

#KeselamatanPekerjaan #KesihatanPekerjaan #NUBE #OSHA2024 #KeselamatanDiTempatKerja #PekerjaSelamat #ProduktivitiPekerja #TelukKemang #OSHAwareness

 

 

Likes Comments

 

To post likes and comments on National Union of Bank Employees stories, you will need to Signin or Register Now

 

 

Connect with NUBE

The NUBE will use the information you provide in this form to send you information by e-mail. You can change your mind at any time by following the unsubscribe instructions in the footer of any email you receive from us, or by contacting us at nube_hq@nube.org.my