RHB BANK Jalan Tun HS Lee Kuala Lumpur
RHB BANK Jalan Tun HS Lee Kuala Lumpur
Sesi Interaksi bersama wakil NUBE KLSP yang dihadiri oleh JKC KLSP Sdra Mohd Faisal Husin, Sdra Yeow Kai Xen berserta JKK, Sdra Muhamad Nizar Nawi dan Sdri Roslina Balia serta rakan-rakan NUBE di RHB Bank Tun HS Lee.
Fokus sesi ini adalah mengenai Menteri yang mengejar kegemilangan (glory hound) #StevenSimLicik dan MCBA yang miskin jiwa dan tidak berintegriti.
Menteri KESUMA yang bersekongkol dengan MCBA adalah satu pengkhianat terhadap perundangan NEGARA dengan melanggar Akta Perhubungan Perusahaan.
Juga, rakan-rakan kita faham logik di sebalik bantahan NUBE terhadap pelaksanaan E-LEARNING, latihan, dan survey virtual yang perlu dihentikan serta merta demi mengutamakan pembelajaran secara fizikal atau kelas.
Pembelajaran virtual yang dilakukan oleh pihak bank dilihat tidak mencapai matlamat sebenar dan dijalankan terhadap kakitangan bawahan dengan pelbagai bentuk manipulasi serta melanggar persetujuan antara NUBE dan MCBA.
Pembelajaran secara fizikal boleh juga diadakan di dalam pejabat atau di negeri masing-masing dengan diberikan bahan rujukan.
Satu lagi aspek perbincangan adalah bagaimana ahli-ahli ditipu dengan penilaian prestasi yang melanggar NILAI TERAS sebagai pemegang Dana Awam iaitu INTEGRITI.
Keutamaan prinsip kehidupan yang bertamadun sesama manusia bermula dengan memastikan NILAI TERAS yang diwujudkan demi kesejahteraan bukan sekadar pameran.
Rakan-rakan di RHB Bank Tun HS Lee lebih memahami isu-isu yang sedang berterusan ini dan bertekad meneruskan perjuangan kita bersama.
#NUBE #RHB #Integrity #StopElearning #WorkersRights #KESUMA #MCBA #UnionStrong #WorkplaceWellness #SolidarityForever
Likes Comments





To post likes and comments on National Union of Bank Employees stories, you will need to Signin or Register Now