08 Jun 2024

BERITA NUBE

 

Semangat tegar, menggerakkan zahir dan batin 

Semangat tegar, menggerakkan zahir dan batin 

AJK NUBE KLSP dan SU Agung NUBE, Sdra J Solomon amat teruja dan dengan suasana yang amat meriah di Majlis Ramah Mesra bersama ahli-ahli NUBE daripada seluruh Pahang, di Menara Kuantan 188. 

Pukullah gendang kulit kerbau

Dalam majlis tari menari

Kami ini datanglah merantau

Mengharap belas orang di sini.

Begitu hebat sambutan mesra rakan-rakan di Pahang menandakan keutuhan semangat solidariti ahli-ahli NUBE di negeri Tok Gajah. 

Kesemua yang hadir kira-kira jam 5:30 petang setia menunggu lebih sejam setengah untuk mendengar ucapan dan pesanan dari SUA NUBE dalam majlis telah berlangsung sehingga jam 11:00 malam dengan sesi bergambar. 

Sambutan ini turut memperkasakan lagi Ucapan SUA NUBE yang sememangnya memupuk semangat, menjadi lebih berapi, yakni menjadi obor yang menerangi jalan perjuangan kita. 

Perpaduan dan sokongan yang ditunjukkan oleh ahli-ahli NUBE di Pahang telah memberikan suntikan semangat kepada seluruh kepimpinan cawangan KLSP. 

Jutaan terima kasih kepada semua rakan-rakan negeri Tok Gajah. 

#NUBE #Solidariti #Pahang #TokGajah #MeetAndGreet #UnionStrong #JSolomon #SemangatJuang #KesatuanPekerja 

 

 

Likes Comments

 

To post likes and comments on National Union of Bank Employees stories, you will need to Signin or Register Now

 

 

Connect with NUBE

The NUBE will use the information you provide in this form to send you information by e-mail. You can change your mind at any time by following the unsubscribe instructions in the footer of any email you receive from us, or by contacting us at nube_hq@nube.org.my