Artikel 8: Jawatankuasa Perhubungan Antara Pekerja
Artikel 8: Jawatankuasa Perhubungan Antara Pekerja
Kefahaman CA: Know Your Rights!
Hari ini, kita lihat Artikel 8, Perjanjian Kolektif ke-19 berkaitan peranan Jawatankuasa Penyelarasan atau Inter-Relations Committee (IRC). Artikel ini penting kerana ia menggariskan struktur dan fungsi IRC di tempat kerja.
Penubuhan IRC
NUBE melantik wakil-wakil daripada pekerja bank di setiap cawangan dan ibu pejabat bank sebagai IRC. Jika cawangan dan ibu pejabat berada di bangunan yang sama, boleh diadakan satu set IRC yang sama bagi kedua-dua is pejabat atau berlainan.
IRC ini menjalankan kerja sukarela demi mempertahankan hak kita pada masa yang sama mewujudkan tempat kerja yang harmoni, memupuk dan mengekalkan hubungan baik antara pengurusan dan pekerja.
Mesyuarat Berkala
Mesyuarat antara IRC dan Pengurusan boleh diatur pada masa yang dipersetujui bersama. Minit mesyuarat tersebut hendaklah ditandatangani bersama. Dalam mesyuarat ini, IRC terdiri daripada tidak lebih daripada empat (4) pekerja.
Fungsi IRC
Fungsi IRC termasuk:
Memupuk Hubungan Baik.
Membangkitkan Isu-isu berkepentingan:
Menyelesaikan Perbezaan Pendapat: Mencari jalan penyelesaian untuk perbezaan pendapat mengenai perkara di bawah Klausa (3)(a) dan (b).
Wakil dalam Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan
Sekurang-kurangnya dua (2) orang IRC hendaklah mewakili pekerja dalam Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan yang ditubuhkan di bawah Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994.
Had IRC
IRC tidak boleh membuat sebarang tuntutan di luar peruntukan Perjanjian Kolektif ini dan tidak boleh menjalankan fungsi Kesatuan sebagai badan perunding.
Kenapa Ini Penting?
IRC memainkan peranan penting dalam memastikan bahawa suara pekerja didengar dan kepentingan mereka dijaga.
Dengan memahami peruntukan ini, anda akan lebih bersedia untuk bekerjasama dalam IRC dan memastikan bahawa hak-hak anda sebagai pekerja dilindungi. Nantikan lebih banyak maklumat lanjut mengenai hak anda dalam siri "Kefahaman CA: Know Your Rights!"
#KefahamanCA #KnowYourRights #NUBERights #BankEmployees #Artikel8 #PerjanjianKolektif #Empowerment #WorkersRights #FairTreatment
Likes Comments
To post likes and comments on National Union of Bank Employees stories, you will need to Signin or Register Now