09 Jun 2024

BERITA NUBE

 

 Semangat Solidariti, Murni dan Mulia 

Semangat Solidariti, Murni dan Mulia 

Pada hari ini komunikasi mendekatkan yang jauh, maklumat pula di hujung jari namun ini mencabar perpaduan seolah-olah impian yang sukar digapai. 

Meskipun begitu, kehadiran lebih 200 orang rakan-rakan NUBE ke Majlis Ramah Mesra bersama SU Agung NUBE yang dianjur dalam masa tiga hari menjadi wardah dalam membakar semangat dan suntikan inspirasi bagi semua. 

Pentas digegar oleh setiap AJK dengan pelbagai perkongsian, breaking the ice dengan ucapan-ucapan, mengundang nyaringan gelak ketawa yang memenuhi Dewan Tan Sri Mahfoz Khalid. 

Putih, hijau, biru dan merah,

Logo NUBE indah menawan,

Hari ini disambut meriah,

NUBE raikan dengan semangat perpaduan.

Solidariti perlu dijadikan panduan,

Perpaduan perlu menjadi azimat,

Semangat NUBE perlu dikukuhkan,

Supaya tercapai segala matlamat.

Ditambah dengan kata-kata hikmah “There’s no substitute for unity and solidarity” serta “we’re on a World Class Mission” kata-kata mendalam Sdra J Solomon yang terpahat dalam hati dan naluri setiap rakan-rakan yang hadir. 

Majlis berakhir dengan jamuan yang menyelerakan. Semoga bertemu lagi dalam majlis akan datang, “ONE FOR ALL AND ALL FOR ONE.” 

#NUBE #Solidariti #KesatuanPekerja #MajlisRamahMesra #JSolomon #SemangatJuang #Perpaduan #OneForAllAllForOne #Inspirasi

 

 

Likes Comments

 

To post likes and comments on National Union of Bank Employees stories, you will need to Signin or Register Now

 

 

Connect with NUBE

The NUBE will use the information you provide in this form to send you information by e-mail. You can change your mind at any time by following the unsubscribe instructions in the footer of any email you receive from us, or by contacting us at nube_hq@nube.org.my