10 Jun 2024

BERITA NUBE

 

 Siapa Yang Kebal Undang-Undang? 

Siapa Yang Kebal Undang-Undang? 

Kenapa tiada siasatan terhadap YB Steven Sim walaupun dua laporan polis telah dibuat oleh NUBE mengenai salah guna kuasa? Adakah ahli politik kebal undang-undang? 

Pada 18 April 2024, NUBE membuat laporan polis terhadap YB Steven Sim di bawah Kanun Keseksaan Seksyen 166.  Pada 26 April 2024, laporan polis kedua dibuat terhadap beliau. Namun, tiada sebarang tindakan atau siasatan yang dijalankan sehingga kini. Polis menyatakan akan menyiasat, tetapi NUBE masih menunggu kemas kini.

Adakah ini bermakna ahli politik boleh terlepas dari tindakan undang-undang? Adakah Steven Sim kebal dari undang-undang?

Laman Web Polis https://www.rmp.gov.my tak boleh akses, nombor telefon pun tak terjawap.

Maka, Peguam NUBE akan berusaha keras untuk mendapatkan jawapan yang jelas. 

Kita perlu bertanya, di manakah keadilan? Jangan biarkan mereka yang berkuasa mengelak dari tanggungjawab! 

#JusticeForNUBE #BankTakIkhlas #YBStevenSimTakIkhlas #SayaPekerjaBank 

 

 

Likes Comments

 

To post likes and comments on National Union of Bank Employees stories, you will need to Signin or Register Now

 

 

Connect with NUBE

The NUBE will use the information you provide in this form to send you information by e-mail. You can change your mind at any time by following the unsubscribe instructions in the footer of any email you receive from us, or by contacting us at nube_hq@nube.org.my