MESYUARAT AGUNG TAHUNAN (AGM) Affin Bank Macalister, Georgetown - NUBE NR PKP
MESYUARAT AGUNG TAHUNAN (AGM) Affin Bank Macalister, Georgetown - NUBE NR PKP
14 Jun 2024, Georgetown - Pegawai NUBE NR PKP yang diwakili oleh AJK Cawangan Sdra Eswaran PJM dan Sdra Alvin Cheng PJM telah hadir ke Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) di Affin Bank Cawangan Macalister bagi tujuan perlantikan IRC Penyelaras bagi sesi 2024/2025.
Melalui mesyuarat ini, pelbagai perkongsian mengenai isu-isu terkini berkaitan Kesatuan telah dibincangkan. Ahli-ahli NUBE di Cawangan ini dinasihatkan agar sentiasa peka akan perkembangan semasa berkaitan Kesatuan dan mengikuti dengan baik setiap arahan yang dikeluarkan oleh Pihak NUBE. Hal ini supaya tidak wujud sebarang kekeliruan dan salah faham di kalangan Ahli NUBE.
Dewasa ini, sejarah kemanusiaan seringkali gemar merakamkan pelbagai bentuk perpecahan dan perbalahan yang tidak berkesudahan. Justeru, Pemimpin dan Ahli Kesatuan perlu lebih bersatu dan mengukuhkan perpaduan dalam menghadapi cabaran yang mendatang dan lebih besar.
Selain itu, ahli-ahli juga dialu-alukan untuk menghubungi Ketua Zon bagi mendapatkan sebarang maklumat atau ingin memastikan kesahihan info yang diterima berkaitan Kesatuan dan Permasalahan di tempat kerja.
Syabas dan Tahniah di atas perlantikan IRC Penyelaras di Affin Bank Cawangan Macalister bagi sesi 2024/25.
Pucuk Paku Buah Mengkudu
Dikerat-kerat buat ramuan
Berat Dipikul Sama Membantu
Berganding Bahu Erat Perpaduan
#NUBE #Solidariti #KesatuanPekerja #AGM #AffinBank #IRC #PekerjaBersatu #Perpaduan #NUBEPKP
Likes Comments





To post likes and comments on National Union of Bank Employees stories, you will need to Signin or Register Now