26 Jun 2024

BERITA NUBE

 

Lawatan Kerja NUBE Penang/Kedah/Perlis di Zon Langkawi 

Lawatan Kerja NUBE Penang/Kedah/Perlis di Zon Langkawi 

Pulau Langkawi, 24 Jun 2024 - Dua mesyuarat peringkat cawangan telah diadakan di dua buah bank iaitu Maybank Berhad cawangan Langkawi dan Public Bank Berhad cawangan Langkawi telah diadakan hari ini di sini. 

Mesyuarat peringkat cawangan NUBE Penang/Kedah/Perlis yang diwakili oleh Ahli Jawatankuasa Cawangan yang juga merupakan ketua Zon Langkawi Sdr Zaini Halidan dan Ahli Jawatankuasa Kerja Sdr Mu’az, Sdr Zulkipli dan Sdr Muntasyer bersama majikan tempatan kedua bank tersebut telah diadakan bagi mencari jalan penyelesaian berkenaan aduan-aduan yang telah dibangkitkan oleh ahli-ahli NUBE di bank tersebut. 

Sejurus itu, Sdr Zaini Halidan dan Ahli Jawatankuasa Kerja tidak melepaskan peluang untuk turun ke lapangan dengan mengadakan sesi lawatan kerja ke cawangan-cawangan bank sekitar Pekan Kuah untuk berjumpa ahli-ahli NUBE di zon tersebut. Lawatan kerja sehari ini telah dimanfaatkan oleh ahli-ahli dengan bertanyakan informasi-informasi terkini dan berkongsi maklumat serta pendapat kepada kesemua pegawai-pegawai kesatuan NUBE yang hadir. 

Kesemua ahli-ahli NUBE PKP di Langkawi amat berterima kasih kepada para Pegawai NUBE Penang/Kedah/Perlis di atas lawatan kerja serta luangan masa di Pulau Lagenda ini. 

#NUBEPenang #KesatuanSekerja #NUBE #Langkawi #PerjuanganPekerja #Solidariti #LawatanKerja #PekerjaBank #KesatuanPekerja #Pekerja #Perbankan #ZonLangkawi #SokonganPekerj

 

 

Likes Comments

 

To post likes and comments on National Union of Bank Employees stories, you will need to Signin or Register Now

 

 

Connect with NUBE

The NUBE will use the information you provide in this form to send you information by e-mail. You can change your mind at any time by following the unsubscribe instructions in the footer of any email you receive from us, or by contacting us at nube_hq@nube.org.my