28 Jun 2024

BERITA NUBE

 

Pengenalan kepada Penilaian Risiko (Part 2)

Pengenalan kepada Penilaian Risiko (Part 2)

Kenapa penilaian risiko itu penting?

Mengurangkan kemungkinan kemalangan,

Membantu meningkatkan kesedaran mengenai bahaya dan meminimumkan risiko.

Mengenal pasti bahaya yang mencipta risiko jangka pendek dan panjang.

Membantu organisasi dan majikan bersiap sedia dan mengambil tindakan yang sewajarnya yang dapat mencegah kemalangan serta menjimatkan wang syarikat.

Membantu majikan membuat keputusan mengenai risiko, termasuk mengenal pasti siapa yang paling berisiko dan membuat penyesuaian yang terbaik.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Bagaimana untuk melakukan penilaian risiko?

Proses lima langkah untuk melengkapkan penilaian risiko. Ini menyediakan senarai semak berguna untuk diikuti bagi memastikan penilaian adalah komprehensif. Ia melibatkan:

Mengenal pasti bahaya yang berpotensi

Mengenal pasti siapa yang mungkin terjejas oleh bahaya tersebut

Menilai risiko (keparahan dan kebarangkalian) dan menetapkan langkah berjaga-jaga yang sesuai

Melaksanakan kawalan dan merekodkan penemuan anda

Menyemak penilaian anda dan membuat penilaian semula jika perlu.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

TAHUKAH ANDA MENGIKUT OSH ACT 2022 – SECTION 18B ADALAH MENJADI TANGGUNGJAWAB MAJIKAN UNTUK MEMBUAT PENILAIAN RISIKO DI TEMPAT KERJA?

Adakah Tempat Kerja Anda Selamat?

 Kami Ingin Mendengar Dari Anda! Kongsi pengalaman dan langkah-langkah yang diambil di tempat kerja anda untuk menilai dan mengawal risiko. 

#OSHawarenessNUBE #RiskAssessment #WorkplaceSafety #SafetyFirst #NUBECares

 

 

Likes Comments

 

To post likes and comments on National Union of Bank Employees stories, you will need to Signin or Register Now

 

 

Connect with NUBE

The NUBE will use the information you provide in this form to send you information by e-mail. You can change your mind at any time by following the unsubscribe instructions in the footer of any email you receive from us, or by contacting us at nube_hq@nube.org.my