28 Jun 2024

BERITA NUBE

 

Perjumpaan Ahli-ahli NUBE Maybank Pulau Tikus bersama Barisan Kepimpinan NUBE NR PKP 

Perjumpaan Ahli-ahli NUBE Maybank Pulau Tikus bersama Barisan Kepimpinan NUBE NR PKP 

NUBE House NR PKP, 26 Jun 2024 - Ahli - ahli NUBE di Maybank Cawangan Pulau Tikus telah hadir dalam satu perjumpaan bersama barisan Kepimpinan NUBE NR PKP hari ini. Kehadiran Ahli- ahli Nube telah disambut baik oleh Pengerusi NUBE NR PKP Sdra Abdul Jamil Hj Jalaludeen bersama barisan Seketeriat Sdra Zainul Ahamad Mydin Naib Pengerusi dan Sdri Harinder Kaur dan Sdr Eswaran Ketua Zone yang merupakan Bendahari Kehormat NUBE NR PKP ke NUBE House NR PKP.

Maybank Pulau Tikus adalah amat sinonim dengan Sdra Abdul Jamil sendiri kerana beliau merupakan ahli NUBE dan salah seorang staf dari cawangan ini. Perjumpaan selama 2 jam ini telah membawa kepada perbincangan mengenai permasalahan ditempat kerja dan mendapatkan solusi berkenaan isu - isu yang berbangkit serta idea dari barisan Kepimpinan yang hadir. 

Antara intipati taklimat, Sdra Abdul Jamil juga telah mengemaskini segala informasi berkaitan perjuangan dalam menuntut hak -hak Kita yang telah dinafikan Oleh pihak majikan yang tidak bertanggungjawab.Beliau juga menanamkan Harapan yang tinggi terhadap ahli-ahli di Maybank Pulau Tikus untuk sentiasa berada dilandasan yang Betul bersama barisan Kepimpinan NUBE diperingkat Cawangan mahupun diperingkat Kebangsaan 

Dipenghujung perjumpaan ini kesemua Ahli NUBE Maybank Pulau Tikus telah memberi Kata sepakat dan sokongan yang padu kepada Barisan Kepimpinan NUBE dan telah menetapkan Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) bagi Cawangan tersebut Akan diadakan pada 5 Julai 2024 akan datang. 

#NUBE #KesatuanSekerja #MaybankPulauTikus #Solidariti #PerjuanganHakPekerja #AGM2024 #KepimpinanNUBE

 

 

Likes Comments

 

To post likes and comments on National Union of Bank Employees stories, you will need to Signin or Register Now

 

 

Connect with NUBE

The NUBE will use the information you provide in this form to send you information by e-mail. You can change your mind at any time by following the unsubscribe instructions in the footer of any email you receive from us, or by contacting us at nube_hq@nube.org.my