29 Jun 2024

BERITA NUBE

 

MESYUARAT AGUNG TAHUNAN (AGM) Public Bank Dato Keramat - NUBE NR PKP 

MESYUARAT AGUNG TAHUNAN (AGM) Public Bank Dato Keramat - NUBE NR PKP 

Dato Keramat, Georgetown, 27 Jun 2024 - Pegawai NUBE NR PKP yang diwakili oleh AJK Cawangan Sdra T. Eswaran PJM dan Sdra Alvin PJM telah memenuhi jemputan ke Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) di Public Bank Cawangan Dato Keramat bagi perlantikan AJK Penyelaras bagi sesi 24/25. 

Sepanjang mesyuarat berlangsung, ahli-ahli telah diberikan penerangan mengenai cara yang betul untuk mengendalikan 'Pengaduan' atau 'aduan'. Pelbagai perkongsian mengenai isu-isu terkini berkaitan Kesatuan dan ahli-ahli diminta agar sentiasa mengikuti perkembangan NUBE Malaysia di platform media sosial untuk terus bersama-sama dalam perjuangan yang belum selesai serta menimba pengetahuan tentang Kesatuan. 

Selain itu, turut diadakan adalah mesyuarat Peringkat Cawangan Kesatuan bagi isu pertikaian 'Bonus Prestasi' yang telah dibangkitkan oleh ahli NUBE di Cawangan Public Bank Dato Keramat dan HP Centre Cawangan yang sama. 

Syabas dan Tahniah diucapkan kepada Perlantikan IRC Penyelaras bagi sesi 2024/2025.

Jangan lupa membawa pukat,

Pukat dipasang di muara,

Besar nikmatnya kita sepakat,

Segala masalah selesai segera. 

#NUBE #AGM #PublicBank #Solidariti #KesatuanSekerja #PerjuanganHakPekerja #DatoKeramat #Kesatuan #Pengaduan #BonusPrestasi

 

 

Likes Comments

 

To post likes and comments on National Union of Bank Employees stories, you will need to Signin or Register Now

 

 

Connect with NUBE

The NUBE will use the information you provide in this form to send you information by e-mail. You can change your mind at any time by following the unsubscribe instructions in the footer of any email you receive from us, or by contacting us at nube_hq@nube.org.my