KT Branch Update
KT Branch Update
Kesatuan adalah Kekuatan
dan Panduan Kita
Kami berjuang bersama untuk
Hak-hak pekerja bank.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Pada 26/06/2024, Sdra. Azizul dan Sdra Shamsul melawat Public Bank Cawangan Kemaman untuk Branch Level Meeting (BLM), kemudian melawat RHB Kemaman mengenai ahli yang ditekan oleh pengurus untuk melakukan E-Learning.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
NUBE KT menasihati ahli untuk mengikut arahan menghentikan penglibatan dalam E-Learning.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Lawatan ke Affin Bank Kemaman & Kuala Terengganu membincangkan kenaikan pangkat seorang ahli ke pegawai dan kesan perpindahan ahli NUBE lain ke cawangan Kemaman.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Lawatan diakhiri dengan Branch Level Meeting (BLM) di Public Bank Kuala Terengganu serta sesi bersama ahli di sana.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Pada 27/06/2024, Branch Level Meeting (BLM) di Public Bank Cawangan Tanah Merah dihadiri oleh Sdra Azizul, Shamsul, Cheon dan Sdri Mardiana. Petang itu, NUBE cawangan KT mengadakan Mesyuarat AJK membincangkan aktiviti-aktiviti dan tugasan.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Pada 7.45 pagi 28/06/2024, NUBE KT mengadakan aktiviti Hiking bersama ahli di Bukit Panau Tanah Merah. Lebih dari 30 ahli dan keluarga menerokai keindahan Bukit Panau & semua sangat gembira dengan aktiviti Hiking.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Minggu yang penuh aktiviti dan amat memuaskan.
#NUBE #Solidariti #HakPekerja #Kesatuan #BLM #PublicBank #RHB #AffinBank #KualaTerengganu #Kemaman #TanahMerah #Hiking #BukitPanau
Likes Comments





To post likes and comments on National Union of Bank Employees stories, you will need to Signin or Register Now