04 Jul 2024

BERITA NUBE

 

They Don't Care About Us!

Kisah Hisham bin Hashim - IRC Naib-Pengerusi PBB Tampin Semasa Pandemik Covid-19 

Pada hari Khamis, 6 Mei 2021, sekitar pukul 5:30 petang, Bro. Hisham bin Hashim dipanggil oleh pengurus PBB Tampin ke dalam biliknya. Di sana, beliau menerima surat tunjuk sebab mengapa tindakan disiplin tidak perlu diambil terhadapnya. 

Surat dihantar melalui email oleh ibu pejabat untuk diserahkan kepadanya, ternyata bahawa kesalahan beliau adalah gagal memberitahu keadaan isterinya yang menjadi kontak rapat kepada pesakit positif Covid-19, şemada menghadiri mesyuarat yang turut dihadiri oleh 15 staf lain. 

Hisham berasa cemas, sedih, dan takut memikirkan apa yang bakal menimpa dirinya dan keluarganya. Adakah beliau akan ditahan gaji selama 3 bulan, 6 bulan, digantung kerja, atau bahkan diberhentikan? 

Setelah tenang fikiran dan menguatkan hati,, Hisham memberitahu Sis Siti Hajar dan Bendahari Cawangan Bro Amirul dari Negeri Sembilan. Mereka menenangkan Hisham dan berjanji untuk menolongnya. 

Kisah sebenarnya bermula pada 11 Mac 2020, ketika Hisham menemui pelanggan dari kumpulan Tabligh yang positif Covid-19. Hisham memaklumkan kepada pihak pengurusan tempatan kerana bimbang dan menawarkan diri untuk menjalani ujian swab, tetapi ditolak oleh pengurusan tempatan kerana mereka ingin mendapatkan izin dari HR. 

Selama masa itu, Hisham menerima mesej dari pihak pengurusan tempatan yang menyatakan bahawa tidak perlu panik, tidak perlu melakukan ujian swab jika tidak sakit, dan harus kembali bekerja pada hari Isnin jika sihat. Arahan ini semua dari Ibu Pejabat. 

Selepas itu, Hisham hanya diberitahu untuk menjalani ujian swab pada 15 Mac 2020 pada waktu malam. 

Pada 23 Mac 2021, sekitar jam 8:45 pagi, Hisham melaporkan diri untuk bekerja dan sebelum dapat memberitahu ABM, beliau diberitahu bahawa isterinya adalah salah seorang kontak rapat. Hisham memberikan maklumat lengkap termasuk nombor telefon isterinya. 

AJK di Seremban melaporkan kes Hisham kepada Setiausaha Cawangan Bro Micheal Tan dan Naib-Pengerusi Cawangan Sis Evelyn Chan mengenai surat tunjuk sebab tersebut. Mereka menolong Hisham dalam menjawab surat tunjuk sebab dan berjaya membuktikan pengurus tempatan melanggar SOP Covid-19 dari awal. 

Hisham menerima surat keputusan dari ibu pejabat bank yang mencatat penjelasannya dan meminta pematuhan terhadap SOP dari ibu pejabat bank. Tiada sebarang tindakan tatatertib diambil terhadap Hisham. 

Hisham mengucapkan terima kasih kepada Sis Siti Hajar, Bro Amirul, Bro Micheal Tan, dan Sis Evelyn Chan atas sokongan dan tindakan pantas mereka. Komitmen mereka, membantu, Hisham kasih bekerja di dalam bank dan tidak dianiyai oleh pihak pengurusan tempatan. 

Inilah falsafah sebenar NUBE, "ONE FOR ALL AND ALL FOR ONE", berbeza dengan omongan kosong pengurusan bank "we as a big family" yang selalu diwar-warkan semasa taklimat pagi. 

NUBE, KITA BERSAUDARA. NUBE, SATUKAN JIWAKU.

#NUBESupport #HakPekerja #Covid19 #Solidariti #TheyDontCareAboutUs #KisahHisham #NUBEPower #PekerjaBank

 

 

Likes Comments

 

To post likes and comments on National Union of Bank Employees stories, you will need to Signin or Register Now

 

 

Connect with NUBE

The NUBE will use the information you provide in this form to send you information by e-mail. You can change your mind at any time by following the unsubscribe instructions in the footer of any email you receive from us, or by contacting us at nube_hq@nube.org.my