09 Jul 2024

BERITA NUBE

 

Artikel 21: Elaun, Kefahaman CA: Know Your Rights!

Hari ini, kita membincangkan Artikel 21, Perjanjian Kolektif ke-19 iaitu - Elaun, pelbagai jenis untuk ahli NUBE.

~~~~~~~~~~~

Elaun Pengangkutan

Di mana kita dikehendaki bertugas di luar pejabat asal (base branch) kita, ia melibatkan “perjalanan” untuk menjalankan tugas itu, maka, Bank perlu bayar kos perjalanan tersebut termasuk caj tol dan kos parkir.

Walaupun Bank boleh menentukan jenis pengangkutan yang perlu kita gunakan untuk perjalanan itu, ia masih perlu dibayar.

Kita yang dikehendaki menggunakan kenderaan sendiri akan dibayar elaun pengangkutan tidak kurang daripada RM1.10 per km untuk kereta dan 80 sen per km untuk motosikal atau diganti dengan kos pengangkutan sebenar jika kos itu lebih tinggi.

~~~~~~~~~~~

Bayaran Pembaharuan Lesen Memandu

akan dibayar apabila pekerja perlu memandu kenderaan Bank untuk menjalankan tugas.

~~~~~~~~~~~

Elaun Subsisten

Bagi Pekerja yang dikehendaki bekerja di cawangan atau tempat lain di Semenanjung Malaysia, selain dari pejabat asal (base branch) kita berhak menerima elaun tertakluk kepada syarat berikut:

 (a) Perjalanan Dalam 15 KM, tiada bayaran subsidi, hanya kos pengangkutan, jika berkenaan.

 (b) Perjalanan Lebih 15 KM tanpa keperluan bermalam - RM25.00 sehari.

 (c) Perjalanan Lebih 15 KM dan perlu bermalam - RM80.00 sehari (tak termasuk hari kembali ke tempat kerja asal) dengan tempat penginapan disediakan oleh Bank. Jika Bank tidak sediakan penginapan - RM150.00 sehari, (tak termasuk hari kembali ke tempat kerja asal).

(d) Jika tugas di Sabah dan Sarawak, jarang sekali tapi jika ada - RM 95.00 sehari dengan penginapan disediakan oleh Bank (tak termasuk termasuk hari kembali ke tempat kerja asal). Jika penginapan tidak disediakan - RM180.00 sehari (tak termasuk hari kembali ke tempat kerja asal).

(e) Bayaran untuk hari kembali ke tempat kerja asal samada daripada tugas yang tidak perlu bermalam atau perlu bermalam:

⁃⁃⁃▸ Jika kembali sebelum 6.00 petang - 1/2 daripada elaun subsisten di bawah Klausa 3(c) dan 3(d).

⁃⁃⁃▸ Jika kembali selepas 6.00 petang - elaun satu hari penuh seperti di bawah Klausa 3(c) dan 3(d), berdasarkan penginapan yang disediakan dan tidak disediakan.

 ”Tugas" bermaksud kerja yang melibatkan tempoh 4 jam atau lebih, termasuk masa perjalanan dari dan ke tempat kerja biasa.

~~~~~~~~~~~

Kadar Elaun yang Lebih Baik

(a) Bank yang kini sedang membayar kadar yang lebih baik akan teruskan bayaran tersebut.

(b) Walau apa pun Klausa (1) dan (3) Artikel ini, Bank boleh, atas budi bicara mutlaknya, membuat sebarang pembayaran yang melebihi kadar yang ditetapkan mengikut amalan yang sedia ada di Bank. Bank yang sudah menyediakan manfaat yang lebih baik hendaklah terus memberikan manfaat tersebut.

~~~~~~~~~~~

Elaun Kos Sara Hidup (COLA) 

Elaun Kos Sara Hidup sebanyak RM600.00 telah dimasukkan ke dalam Gaji Pokok selepas pengiraan pelarasan gaji dan kenaikan tahunan pada 1 Januari 2021.

~~~~~~~~~~~

Sokongan Kemanusiaan 

Bank akan menyediakan bantuan kepada pekerja yang terjejas oleh bencana alam, kebakaran atau pandemik, jika boleh.

~~~~~~~~~~~

Kenapa Ini Penting? 

Artikel ini penting kerana ia memastikan kita ketahui hak-hak kita elaun pengangkutan, pembaharuan lesen memandu dan elaun perjalanan mengikut Artikel ini.

Kita juga akan memastikan hak-hak kita sebagai pekerja Bank dilindungi. Nantikan lebih banyak maklumat lanjut mengenai hak anda dalam siri "Kefahaman CA: Know Your Rights!" 

#KefahamanCA #KnowYourRights #NUBERights #BankEmployees #Artikel21 #PerjanjianKolektif #Empowerment #WorkersRights #FairTreatment #Elaun

 

 

Likes Comments

 

To post likes and comments on National Union of Bank Employees stories, you will need to Signin or Register Now

 

 

Connect with NUBE

The NUBE will use the information you provide in this form to send you information by e-mail. You can change your mind at any time by following the unsubscribe instructions in the footer of any email you receive from us, or by contacting us at nube_hq@nube.org.my