13 Jul 2024

BERITA NUBE

 

Artikel 23: Pakaian Seragam, Kefahaman CA: Know Your Rights!

Dalam post kali ini, kita akan membincangkan Artikel 23, Perjanjian Kolektif ke-19 iaitu Uniform atau pakaian seragam untuk kita.

~~~~~~~~~~~

Bagi FSE-1 atau Financial Services Enabler 1

Bank akan bekalkan kepada rakan-rakan Financial Services Enabler 1 yang memakai pakaian seragam:

▪️ 4 pasang Uniform setiap tahun;

▪️ Bank akan membayar RM130.00 setiap enam bulan sehingga maksimum RM260.00 setahun untuk pembelian kasut kerja formal hitam;

▪️ Untuk pekerja Muslim sahaja - 2 songkok setiap tahun;

▪️ Untuk pekerja Sikh sahaja - 2 serban setiap tahun;

▪️baju hujan, apabila perlu.

~~~~~~~~~~~

FSE-1 yang Menggunakan Motosikal

(a) Untuk menjalankan tugas akan dibekalkan dengan jaket kulit dan topi keledar dengan visor, yang boleh diperbaharui atas budi bicara Bank.

(b) Bagi rakan-rakam lain yang dikehendaki menggunakan motosikal secara adhoc atau untuk bantuan, penyediaan jaket kalis air dan topi keledar dengan visor adalah atas budi bicara Bank.

~~~~~~~~~~~

FSE 2 dan 3

Yang dikehendaki memakai Uniform akan dibekalkan dengan pakaian seragam dan kasut setiap tahun, reka bentuk dan kualitinya adalah atas budi bicara Bank.

~~~~~~~~~~~

Perkhidmatan Dobi Percuma

Akan disediakan secara percuma untuk membasuh uniform. Kalau perkhidmatan Doni ini tidak disediakan, Bank akan membayar elaun dobi sebanyak RM90.00 sebulan sebagai ganti.

~~~~~~~~~~~

Pakaian Seragam Semasa Waktu Kerja Wajib

Rakan-rakan yang dibekalkan dengan pakaian seragam dikehendaki memakainya semasa waktu bekerja.

~~~~~~~~~~~

Pakaian Kerja yang Sesuai

Semua ahli NUBE hendaklah berpakaian sesuai dan kelihatan kemas dan rapi semasa bertugas. Jika Bank menetapkan pakaian mengikut budi bicara mereka, maka Bank tersebut hendaklah menyediakan pakaian yang kita dikehendaki pakai.

~~~~~~~~~~~

Faedah Tambahan

Walau apa pun Klausa (1) hingga (4) Artikel ini, Bank boleh, atas budi bicara mereka, menyediakan faedah melebihi yang disediakan mengikut amalan sedia ada di Bank.

~~~~~~~~~~~

Kenapa Ini Penting?

Artikel ini penting kerana ia menetapkan syarat-syarat mengenai pakaian seragam yang disediakan oleh Bank kepada pekerja dan hak kita untuk dibekalkan pakaian seragam yang sesuai, kasut, dan perkhidmatan dobi percuma.

JIKA Bank wajipkan kita ikut kod pakaian Bank, maka Bank perlu sediakan pakaian tersebut. Jika tiada sebarang pakaian yang disediakan, kita hanya perlu berpakaian kemas dan rapi.

Uniform NUBE pun pakaian kemas dan rapi.

Ikuti Artikel seterunya mengenai hak kita dalam siri "Kefahaman CA: Know Your Rights!" 

#KefahamanCA #KnowYourRights #NUBERights #BankEmployees #Artikel23 #PerjanjianKolektif #Empowerment #WorkersRights #FairTreatment #PakaianSeragam

 

 

Likes Comments

 

To post likes and comments on National Union of Bank Employees stories, you will need to Signin or Register Now

 

 

Connect with NUBE

The NUBE will use the information you provide in this form to send you information by e-mail. You can change your mind at any time by following the unsubscribe instructions in the footer of any email you receive from us, or by contacting us at nube_hq@nube.org.my