Artikel 24: Faedah Perubatan
Kefahaman CA: Know Your Rights!
Kali ini, kita akan lihat Artikel 24, Perjanjian Kolektif ke-19 - Faedah Perubatan untuk pekerja.
Kita akan lihat Artikel ini dalam lima (5) siri:
1. Perkhidmatan Klinik Luar bagi diri kita.
2. Perkhidmatan Hospital bagi diri kita.
3. Faedah untuk pasangan dan anak-anak
4. Faedah tidak layak dan
5. Subsidi Penjagaan OKU
~~~~~~~~~
Artikel 24: Faedah Perubatan - Siri 1
Dalam siri pertama ini, kita akan membincangkan Artikel 24 daripada Perjanjian Kolektif ke-19 yang melibatkan faedah perubatan untuk pekerja. Artikel ini penting kerana ia memastikan pekerja mendapat akses kepada rawatan perubatan yang berkualiti.
~~~~~~~~~
Rawatan Pesakit Luar
Seorang Ahli NUBE layak untuk kos berbayar bagi:
(a) Perundingan perubatan, rawatan, dan ubat-ubatan yang disediakan oleh doktor Bank dan doktor kerajaan.
(b) Ujian diagnostik dan imunisasi yang disarankan oleh doktor Bank atau pakar yang dirujuk oleh doktor Bank.
(c) Dirujuk oleh Doktor Bank kepada pakar di hospital swasta, yang merupakan panel Bank atau, kepada pakar di hospital kerajaan, atas pilihan ahli. atau apabila tidak hospital swasta di lokaliti tersebut. Kalau pakar atau kemudahan pakar tertentu tidak tersedia di hospital kerajaan, Doktor Bank boleh merujuk kita kepada pakar swasta lain di kawasan berdekatan.
(d) Bank juga akan membayar kos mencabut gigi dari mana-mana pengamal pergigian berdaftar.
(e) Bank juga akan bayar kos rawatan pergigian dan cermin mata/kanta mata (contact lense) dari mana-mana pengamal pergigian atau optik berdaftar tertakluk kepada had gabungan maksimum RM700.00 setahun. Sebarang jumlah daripada RM700 yang tidak digunakan boleh dibawa ke tahun berikutnya.
~~~~~~~~~
Doktor Bukan Panel
(a) Kita boleh jumpa doktor BUKAN Panel untuk rundingan atau rawatan perubatan pesakit luar hanya dalam dua (2) keadaan berikut:
(i) Kecemasan;
(ii) Perkhidmatan doktor Bank tidak tersedia dalam masa atau jarak yang munasabah.
(b) Sebarang rawatan susulan hendaklah dilakukan dengan doktor Bank. Dalam setiap tuntutan di bawah Klausa ini, pekerja dikehendaki menjelaskan secara bertulis sifat kecemasan untuk Bank memutuskan mengenai tanggungjawabnya.
~~~~~~~~~
Kenapa Ini Penting?
Artikel ini penting kerana ia memastikan kita mendapat akses kepada rawatan perubatan yang segera dan percuma berkaitan dengan rawatan pesakit luar dan doktor bukan panel.
Kita perlu mengetahui hak-hak kita berkaitan faedah perubatan yang disediakan oleh Bank. Ini termasuk rawatan pesakit luar, hospitalisasi, dan faedah perubatan untuk keluarga anda.
Dengan memahami peruntukan ini, kita akan lebih bersedia untuk memastikan bahawa kita menggunakan faedah ini dengan lebih bertanggungjawap dan kita bersama keluarga dapat rawatan yang diperlukan.
Sila ikuti Siri berikut untuk lebih banyak maklumat mengenai hak kita dalam siri "Kefahaman CA: Know Your Rights!"
#KefahamanCA #KnowYourRights #NUBERights #BankEmployees #Artikel24 #PerjanjianKolektif #Empowerment #WorkersRights #FairTreatment #FaedahPerubatan
Likes Comments
To post likes and comments on National Union of Bank Employees stories, you will need to Signin or Register Now