They Don’t Care About Us : Bersama-sama Kita Membanteras Anti-Kesatuan Di Tempat Kerja
They Don’t Care About Us : Bersama-sama Kita Membanteras Anti-Kesatuan Di Tempat Kerja
Di dalam suasana kerja yang penuh dengan cabaran dan pekerja berkesatuan berdepan dengan pelbagai masalah terutamanya yang melibatkan isu kesihatan dan keselamatan di tempat kerja, NUBE Malaysia telah mengambil inisiatif terbaik dengan menyediakan kursus khas berkaitan kesedaran tentang kepentingan ilmu pengetahuan yang meluas bagi skop Keselamtan dan Kesihatan di tempat kerja kepada ahli-ahlinya. Sambutan penganjuran program ilmu yang mendapat maklum balas yang baik dari semua ahli-ahli di seluruh negeri.
Berbeza dengan apa yang telah berlaku di sebuah bank OCBC Bank (M) Berhad cawangan Account Services, Operation & Technology Division, Pulau Pinang, majikan seolah-olah tidak memandang perkara ini amat penting bagi mereka kerana mereka telah menidakkan hak seorang pekerjanya Sdr Arjunan A/L Athimurthi yang juga merupakan ahli-NUBE untuk menyertai kursus anjuran NUBE Malaysia ini.
Tujuan jahat bank adalah amat jelas kerana ini menyekat kebebasan seorang ahli NUBE iaitu Sdr Arjunan untuk menyertai aktiviti kesatuan lebih-lebih lagi kursus yang akan memberi ilmu manfaat dan kesedaran kepada beliau tentang hak dan asasi beliau berkenaan keselamatan dan kesihatan di tempat kerjanya.
Niat OCBC Bank dengan tidak membenarkan Sdr Arjunan untuk berkerjasama dan berjumpa dengan pemimpin dan ahli kesatuan yang lain di program anjuran NUBE ini jelas membuktikan OCBC Bank (M) Berhad mengamalkan sikap Anti-Kesatuan kerana dengan sengaja tidak akan meluluskan Cuti Kesatuan Sekerja (Trade Union Leave) kepada beliau.
Walaupun program ini telah mendapat kelulusan dari Jabatan Keselamatan dan Kesihatan (DOSH), Kementerian Sumber Manusia, dan peserta yang menamatkan kursus selama 3 hari ini akan menerima sijil bertauliah, pihak OCBC Bank (M) Berhad tetap tidak membenarkan Sdr Arjunan untuk menyertai kursus tersebut.
Sdr Arjunan merasakan bahawa pihak majikannya sengaja mewujudkan suasana yang tidak harmoni apabila Hak Pekerja berkesatuan seperti beliau sering dinafikan dan sering dipantau untuk mencari kesalahan bagi menghukumnya.
Tindakan OCBC Bank (M) Berhad ini jelas membantutkan perkembangan ahli NUBE untuk menjadi Pekerja yang lebih berkualiti & produktif agar mereka menjadi seorang pekerja yang tidak tahu akan hak-hak mereka.
Kisah ini jelas membuktikan pihak bank dan para majikan tidak mempedulikan malah menafikan hak seorang ahli kesatuan yang juga merupakan pekerjanya sendiri bagi menyertai aktiviti-aktiviti kesatuan.
NUBE Malaysia memandang isu ini sebagai isu yang amat berat kerana isu Anti-Kesatuan ini adalah salah satu modus operandi dengan niat jahat para majikan untuk melumpuhkan serta melemahkan semangat setiap ahli dan ini akan dibanteras habis-habisan.
Ingat, They Don’t Care About Us, tetapi bersama-sama kita oleh mengubahnya.
#NUBEMalaysia #HakPekerja #HentikanPembulianTempatKerja #Solidariti #TheyDontCareAboutUs #PekerjaBersatu #PerjuanganPekerja #AntiKesatuan
Likes Comments
To post likes and comments on National Union of Bank Employees stories, you will need to Signin or Register Now