AKTIVITI PIKET NUBE SMJ!
AKTIVITI PIKET NUBE SMJ!
Hari Kelima
Tarikh: Jumaat, 26 Julai
Masa: 4:45pm - 5:45pm
Lokasi: Maybank, Jalan Genuang, Segamat, Johor
SEMANGAT BERAPI DI PIKET!
Pada 26 Julai, ahli-ahli NUBE SMJ berkumpul di hadapan Maybank, Jalan Genuang, Segamat, Johor untuk menyuarakan tuntutan mereka dengan penuh semangat. Kehadiran ahli NUBE yang penuh semangat juang dan solidariti menambahkan kekuatan kepada perjuangan kami!
SOKONGAN PADU DARI MASYARAKAT
Hari ini, piket kami mendapat sambutan luar biasa daripada orang awam. Pemandu-pemandu kenderaan membunyikan hon sebagai tanda sokongan semasa melalui barisan piket, manakala risalah kami diedarkan kepada ramai yang menunjukkan minat terhadap perjuangan ini.
KENAPA KAMI BERPIKET?
Menentang Penindasan Hak Kesatuan
Menuntut Pembayaran Yang Adil
Memerangi Diskriminasi dan Ketidakadilan
Menghargai Sumbangan Pekerja
Melawan Budaya Ketakutan
MAJU KE HADAPAN! TERUS MELAWAN!
Piket hari ini adalah bukti nyata bahawa kita akan terus berjuang sehingga keadilan diperoleh untuk semua pekerja bank. Bersama-sama, kita akan menentang ketidakadilan dan memperjuangkan hak kita.
Jangan ketinggalan! Sertai kami dalam perjuangan ini. Bersama kita kuat!
Lihat gambar-gambar semangat kami di bawah dan kongsikan!
#NUBE #HakKesatuan #PiketLawanTetapLawan #KeadilanUntukPekerjaBank #BerdiriDanLawan #FightBackPicket #StandAndFight
Likes Comments





To post likes and comments on National Union of Bank Employees stories, you will need to Signin or Register Now