Rangkuman Mingguan Aktiviti Cawangan NUBE Perak (2 Julai - 26 Julai 2024)
Rangkuman Mingguan Aktiviti Cawangan NUBE Perak (2 Julai - 26 Julai 2024)
Dalam tempoh tiga minggu yang lalu, Cawangan NUBE Perak telah menjalankan pelbagai aktiviti dengan semangat komitmen yang tinggi dalam memperjuangkan hak dan kepentingan ahli-ahli. Berikut adalah sorotan aktiviti mingguan NUBE Perak:
2 Julai 2024: Pegawai-pegawai NUBE Perak melawat Cawangan CIMB Jalan Gopeng. Lawatan ini bertujuan untuk bertemu ahli-ahli dan mendengar serta menangani sebarang isu yang dihadapi oleh mereka.
6 Julai 2024: Persiapan perpindahan Pejabat NUBE Cawangan Perak ke pejabat sementara untuk tujuan pemulihan dan penaikkan taraf. Kami berterima kasih atas kerjasama dan sokongan semua ahli dalam tempoh ini.
9 Julai 2024: Kerja-kerja pentadbiran NUBE Perak mula beroperasi dari pejabat sementara di Tingkat 2, Bilik 205, Bangunan Tokio Marine, Ipoh.
10 Julai 2024: Pegawai-pegawai NUBE Perak bertemu dengan Pengurusan Cawangan Maybank Kuala Kangsar dan juga ahli keluarga mendiang Cik Tan (ahli dari Maybank Kuala Kangsar) di Sungai Siput. Kami mengucapkan takziah kepada keluarga mendiang.
12 - 17 Julai 2024: Mesyuarat Grievance Tahap Cawangan berkenaan "ketidakadilan Pembayaran Bonus Prestasi" diadakan di pelbagai cawangan Public Bank (Chemor, Parit Buntar, Tanjung Piandang, Simpang Pulai).
15 Julai 2024: Pegawai-pegawai NUBE Perak bertemu dengan ahli-ahli di Cawangan Public Bank Tanjung Piandang. Perbincangan ini adalah untuk memahami lebih lanjut isu-isu yang dihadapi ahli dan mencari penyelesaian yang sesuai.
16 Julai 2024: Mesyuarat Grievance Tahap Cawangan dengan Pengurusan Tinggi dan Cawangan Maybank Bercham diadakan untuk menyelesaikan isu-isu yang serius yang dihadapi oleh ahli di cawangan tersebut.
19 Julai 2024; Mesyuarat bersama Pasukan Tugas Khas dan IRC dari semua cawangan bank di Perak mengenai Piket Nasional yang bakal diadakan di seluruh Semenanjung Malaysia.
21 Julai 2024: Wakil dari NUBE Perak, Saudara Fakharudin, dihantar untuk membantu dalam Grievance Tahap Pejabat di Kuala Terengganu yang melibatkan isu ahli-ahli di CIMB Call Centre.
22 - 26 Julai 2024: Piket diadakan di beberapa cawangan bank di Ipoh, bermula dengan Standard Chartered Bank (22 Julai), OCBC Bank (23 Julai), Bank Muamalat (24 Julai), Public Bank Jalan Yang Kalsom (25 Julai), dan berakhir di Maybank Jalan Sultan Idris Shah (26 Julai). Piket ini diadakan untuk memperjuangkan hak ahli-ahli NUBE dan memastikan keadilan dalam amalan pengurusan bank.
Kami amat berterima kasih kepada semua IRC dan ahli yang telah berdiri teguh bersama menunjukkan sokongan dan komitmen yang tinggi dalam setiap aktiviti yang dijalankan. Teruskan bersama kami dalam memperjuangkan keadilan dan hak-hak pekerja bank di Malaysia.
Marilah kita bersama-sama memastikan suara kita didengari dan hak kita dihormati. Nantikan lebih banyak perkembangan dari NUBE Perak dalam minggu-minggu yang akan datang.
#NUBEPerak #PerjuanganHakPekerja #PiketNasional #Solidariti #HakPekerjaBank #KeadilanSosial
Likes Comments





To post likes and comments on National Union of Bank Employees stories, you will need to Signin or Register Now