LAPORAN PIKET NUBE SMJ!
LAPORAN PIKET NUBE SMJ!
Tarikh: Khamis, 1 Ogos 2024
Masa: 6pm - 7pm
Lokasi: OUB, Jalan Wong Ah Fook, Johor Bahru
Semalam, cawangan NUBE SMJ telah mengadakan piket di hadapan OUB, Jalan Wong Ah Fook, Johor Bahru dari jam 6pm hingga 7pm. Suasana di lokasi piket begitu bersemangat dengan kehadiran ramai ahli-ahli NUBE yang bersatu dalam perjuangan ini!
KEGIGIHAN DI JALAN WONG AH FOOK
Piket kali ini benar-benar menunjukkan kekuatan dan kesatuan ahli-ahli NUBE. Sokongan dari orang awam juga sangat menggalakkan, dengan pemandu-pemandu membunyikan hon sebagai tanda solidariti, dan risalah-risalah kami diedarkan kepada mereka yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut tentang perjuangan kami.
KENAPA KAMI BERPIKET?
Melawan Penindasan Hak Kesatuan
Menuntut Pembayaran yang Adil
Memerangi Diskriminasi dan Ketidakadilan
Mengiktiraf Sumbangan Pekerja
Menentang Budaya Ketakutan
TERUSKAN PERJUANGAN! LAWAN UNTUK HAK KITA!
Piket ini adalah bukti bahawa kita tidak akan berundur sehingga setiap pekerja bank mendapat keadilan yang sewajarnya. Bersama-sama, kita akan terus melawan ketidakadilan dan memperjuangkan hak kita.
Jangan lepaskan peluang untuk bersama kami dalam perjuangan ini. Bersama kita lebih kuat!
Lihat gambar-gambar penuh semangat kami dan jangan lupa untuk kongsikan!
#NUBE #HakKesatuan #PiketLawanTetapLawan #KeadilanUntukPekerjaBank #BerdiriDanLawan #FightBackPicket #StandAndFight
Likes Comments
To post likes and comments on National Union of Bank Employees stories, you will need to Signin or Register Now