09 Aug 2024

KENYATAAN MEDIA

 

KENYATAAN MEDIA NUBE: HSBC CUBA BERMAIN VICTIM!

Pada 6 Ogos 2024, Seetha K Kumarasamy, Ketua Hubungan Pekerja HSBC, membuat laporan mendakwa ahli NUBE terlibat dalam "pembulian siber." Kami di NUBE menolak sepenuhnya tuduhan ini yang tidak berasas dan tidak tepat.

NUBE sedang berpiket menentang 17 bank yang terlibat dalam aktiviti anti-kesatuan, dan HSBC adalah salah satu daripadanya. Tuduhan Seetha ini tidak berkaitan dengan rundingan Perjanjian Kolektif Perkhidmatan Pelanggan yang sedang berjalan.

Seetha telah bertindak tidak adil terhadap ahli-ahli NUBE, terutamanya wanita, dengan menafikan hak cuti berbayar untuk menghadiri latihan dan melaksanakan tugas kesatuan. Malah, beliau bertindak secara tidak profesional dengan mengarahkan penyiasatan terhadap latihan yang dianjurkan oleh NUBE, walaupun kos latihan tersebut ditanggung sepenuhnya oleh NUBE.

Seetha tidak mempunyai pengalaman dalam hubungan industri dan masih dilantik sebagai Ketua Hubungan Pekerja di HSBC. NUBE telah cuba untuk membimbing beliau, tetapi beliau memilih untuk berkonfrontasi dan bertindak secara tidak matang.

Kami menggesa Seetha dan HSBC untuk menghormati hak-hak kesatuan pekerja dan berhenti bermain sebagai mangsa dalam situasi ini.

#NUBE #HakKesatuan #PiketLawanTetapLawan #KeadilanUntukPekerjaBank #BerdiriDanLawan #FightBackPicket #StandAndFight

#Maybank

#CIMBBank

#AffinBank

#AllianceBank

#BangkokBank

#BankIslam

#BankMuamalat

#BankOfAmerica

#HongLeongBank

#HSBCBank

#MalaysiaBuildingSociety

#MitsubishiUFJFinancialGroup

#OCBCBank

#PublicBank

#RHBBank

#StandardCharteredBank

#UnitedOverseasBank

 

 

Likes Comments

 

To post likes and comments on National Union of Bank Employees stories, you will need to Signin or Register Now

 

 

Connect with NUBE

The NUBE will use the information you provide in this form to send you information by e-mail. You can change your mind at any time by following the unsubscribe instructions in the footer of any email you receive from us, or by contacting us at nube_hq@nube.org.my