Pengumuman Penting! Piket Seluruh Negara Ditangguhkan
Kami ingin memaklumkan bahawa Piket Seluruh Negara yang mendapat sokongan luar biasa telah ditangguhkan sehingga 17 Ogos 2024. Terima kasih yang tidak terhingga kepada semua ahli NUBE yang telah menunjukkan komitmen dan semangat juang yang tinggi untuk memperjuangkan hak-hak kita di tempat kerja.
Selama tiga minggu yang lalu, kita telah mengumpul banyak bukti baru mengenai tindakan anti-kesatuan oleh bank-bank. Ramai ahli kami melaporkan gangguan dan intimidasi yang dilakukan oleh pihak pengurusan bank. NUBE memerlukan masa yang mencukupi untuk mengumpul semua bukti ini, terutamanya kerana beberapa bank dengan sengaja menafikan cuti kesatuan berbayar kepada pegawai kesatuan dan IRC untuk melaksanakan tugas mereka.
Oleh itu, tiada piket akan diadakan dari Isnin hingga Jumaat, 12 hingga 16 Ogos 2024. Piket akan disambung semula pada 17 Ogos 2024. Masa dan lokasi piket akan diumumkan kelak.
TIADA PERJUANGAN YANG LEBIH ADIL DARIPADA PERJUANGAN PEKERJA UNTUK HAK MEREKA!
ONE FOR ALL AND ALL FOR ONE
#NUBE #HakKesatuan #PiketLawanTetapLawan #KeadilanUntukPekerjaBank #BerdiriDanLawan #FightBackPicket #StandAndFight
Likes Comments
To post likes and comments on National Union of Bank Employees stories, you will need to Signin or Register Now