12 Ogos 2024 - Chennai, India.
12 Ogos 2024 - Chennai, India.
Hari kedua yang juga merupakan hari penutup Konvensyen Belia ke-3 AIBEA diteruskan dengan sesi penyampaian ucaptama dan pembentangan isu semasa serta cabaran yang dihadapi oleh setiap perwakilan belia dari industri perbankan seluruh India.
Perwakilan dari Malaysia juga tidak melepaskan peluang untuk bertukar pandangan berkenaan isu semasa yang dikongsikan bersama perwakilan tempatan sepanjang sesi hari ini berlangsung.
Antara permasalahan dan cabaran yang dikongsikan adalah:
Kekurangan kakitangan
Perkhidmatan kesihatan kakitangan
Kekurangan latihan dan pembelajaran
Pemerkasaan tugas kakitangan
Waktu bekerja
Perbankan digital
Kegagalan dan kerakusan majikan merupakan punca utama perubahan yang sepatutnya menjadi paksi kemajuan dalam sesuatu industri itu, namun bertukar menjadi ancaman sosial kepada masyarakat khususnya golongan pekerja bawahan.
Majlis makan malam telah menjadi penutup pada hari kedua ini. Kesemua perwakilan antarabangsa diaturkan majlis makan malam bersama Setiausaha Agung AIBEA, Com. C.H Venkatachalam, dan Com. Arunasalam selaku jawatankuasa majlis konvensyen. Kesemua perwakilan dan tuan rumah telah bertukar cenderahati sebagai tanda penghargaan dan terima kasih.
Konvensyen kali ini telah memberikan pengalaman dan pendedahan yang amat berharga kepada keenam-enam perwakilan NUBE untuk memastikan bahawa peranan belia di Malaysia, khususnya di dalam NUBE sendiri, akan dapat dimainkan dengan lebih berkesan.
#NUBE #AIBEA #YouthConvention #Chennai2024 #SolidaritiAntarabangsa #BeliaPekerja #IsuSemasa #KesatuanSekerja #PerbankanDigital #KebajikanPekerja #PengalamanBerharga
Likes Comments
To post likes and comments on National Union of Bank Employees stories, you will need to Signin or Register Now