Tekanan Antarabangsa Meningkat!
ITUC Asia Pacific, yang mewakili lebih dari 60 juta pekerja dari 36 negara, telah mengirim surat rasmi kepada Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Seri Anwar Ibrahim, mendesak campur tangan segera untuk menghentikan tindakan union-busting yang sedang dilakukan oleh beberapa bank, termasuk Maybank, sebuah syarikat yang berkaitan dengan kerajaan (GLC).
Surat itu menekankan bahawa tindakan ini bukan sahaja menjejaskan hak pekerja, tetapi juga mencabuli prinsip dialog sosial dan keharmonian industri yang telah lama diperjuangkan oleh Malaysia di peringkat antarabangsa.
Kenapa PM Anwar Ibrahim masih berdiam diri?
Sebagai Menteri Kewangan dan Perdana Menteri, tindakan segera diperlukan untuk melindungi hak-hak pekerja dan memastikan bank-bank ini mematuhi Perjanjian Kolektif yang sedia ada.
Baca artikel penuh untuk memahami sejauh mana isu ini telah mencapai tahap yang serius, dan sertai kami dalam menuntut akauntabiliti dan perubahan!
#PNB #EPF, #Khazanah #PMO #AnwarIbrahim #NUBE #ITUC #WeFightInjustice
Likes Comments





To post likes and comments on National Union of Bank Employees stories, you will need to Signin or Register Now