KUASA KESATUAN MENUNTUT KEADILAN!
KUASA KESATUAN MENUNTUT KEADILAN!
Kesatuan Sekerja Antarabangsa (ITUC), yang mewakili lebih daripada 60 juta pekerja dari 36 negara, telah mendesak campur tangan segera daripada Perdana Menteri Dato’ Seri Anwar Ibrahim untuk menangani tindakan anti-kesatuan terhadap NUBE oleh beberapa bank, termasuk GLC seperti Maybank!
Dalam surat tegas yang dihantar oleh Shoya Yoshida, Setiausaha Agung ITUC Asia Pacific, ditekankan bahawa tindakan anti-kesatuan ini bukan sahaja melanggar hak pekerja tetapi juga bertentangan dengan komitmen Malaysia untuk menegakkan keadilan sosial dan keharmonian industri.
Sebagai PM dan Menteri Kewangan, sikap membisu Anwar Ibrahim dalam isu ini amat mengecewakan! Sudah tiba masanya untuk bertindak tegas bagi memastikan bank-bank ini dipertanggungjawabkan dan hak pekerja di Malaysia dilindungi.
Setiausaha Agung NUBE, J Solomon, mengukuhkan komitmen ini dengan menyatakan:
“NUBE komited untuk memastikan kesejahteraan semua kakitangan perbankan yang diwakilinya dan mengalu-alukan campur tangan Perdana Menteri untuk memastikan usaha-usaha ini.”
Baca artikel penuh di sini:
#PNB #EPF, #Khazanah #PMO #AnwarIbrahim #NUBE #ITUC #WeFightInjustice
Likes Comments





To post likes and comments on National Union of Bank Employees stories, you will need to Signin or Register Now