LAPORAN PIKET NUBE SMJ!
LAPORAN PIKET NUBE SMJ!
Tarikh: Isnin, 19 Ogos 2024
Masa: 6pm - 7pm
Lokasi: Hong Leong Bank, Tmn Melaka Raya, Melaka
Semalam, ahli-ahli NUBE SMJ turun padang sekali lagi, bersolidariti di hadapan Hong Leong Bank, Tmn Melaka Raya, Melaka! Semangat juang yang tinggi dan suara kesatuan bergema di sepanjang jalan!
Mengapa Kami Berpiket?
Piket ini bukan sekadar satu protes—ia adalah perjuangan untuk keadilan pekerja! NUBE menuntut hak pekerja yang sering diketepikan oleh pengurusan bank. Pengurusan bank yang tidak bertanggungjawab telah menafikan hak kami untuk bekerja dalam persekitaran yang selamat dan bebas dari gangguan.
Antara Isu-Isu Utama yang Dibawa:
Hak untuk keseimbangan hidup dan kerja
Hak untuk bebas dari gangguan dan diskriminasi
Hak untuk dilayan dengan hormat dan maruah
Penentangan terhadap tindakan anti-kesatuan
Piket ini adalah suara kami menuntut perubahan, dan kami tidak akan berhenti sehingga keadilan ditegakkan! Bersama-sama, kita terus berdiri teguh menentang segala bentuk ketidakadilan!
#WeFightInjustice #NUBE #KeadilanUntukPekerjaBank #FightInjustice #Solidarity #PiketLawanTetapLawan #UnionStrong
Likes Comments





To post likes and comments on National Union of Bank Employees stories, you will need to Signin or Register Now