Piket NUBE KT Esok, Ahad 25 Ogos 2024!
Pekerja bank di Kelantan dan Terengganu, ayuh bersatu dalam solidariti untuk hak-hak kita! Esok, dari jam 6 petang hingga 7 petang, kita akan berkumpul di hadapan Bank Islam (M) Bhd, Jalan Sultan Yahya Petra, Kota Bharu untuk menyuarakan ketidakadilan yang dihadapi pekerja bank.
Kenapa kita berpiket? Kerana CEO-CEO bank terus menindas hak kita dengan dasar-dasar yang tidak adil, termasuk amalan Union Busting dan pelanggaran hak pekerja! Ini adalah masa untuk kita menunjukkan kekuatan dan solidariti kita!
Jangan lepaskan peluang ini untuk berdiri bersama rakan-rakan sekerja dalam memperjuangkan hak-hak kita! Pastikan anda membuat persiapan hari ini dan datanglah beramai-ramai esok!
#WeFightInjustice #NUBE #KeadilanUntukPekerjaBank #FightInjustice #Solidarity #PiketLawanTetapLawan #UnionStrong
Likes Comments





To post likes and comments on National Union of Bank Employees stories, you will need to Signin or Register Now