LAPORAN PIKET!
Semalam, pada Ahad, 25 Ogos 2024, NUBE Cawangan KT sekali lagi turun ke medan untuk memperjuangkan hak pekerja di hadapan Bank Islam, Jalan Sultan Yahya Petra, Kota Bharu dari 6 petang hingga 7 malam.
Piket ini diadakan kerana kami menuntut keadilan dan hak pekerja yang terus dinafikan oleh pihak bank. Maybank, sebagai salah satu institusi kewangan terbesar di negara ini, telah berulang kali gagal melindungi pekerja daripada penindasan dan ketidakadilan.
Kenapa kami piket? Kerana kami tidak akan berdiam diri apabila pekerja terus dizalimi! Ketidakadilan ini mesti dihentikan, dan kami menuntut tindakan tegas daripada pengurusan tertinggi bank.
Solidariti kami kuat, dan kami akan terus berdiri teguh bersama-sama sehingga keadilan ditegakkan. Jangan sesekali meremehkan kuasa kesatuan pekerja!
Terima kasih kepada semua ahli yang hadir semalam, anda adalah nadi perjuangan ini! Mari teruskan usaha kita hingga kemenangan dicapai!
#WeFightInjustice #NUBE #KeadilanUntukPekerjaBank #FightInjustice #Solidarity #PiketLawanTetapLawan #UnionStrong
Likes Comments





To post likes and comments on National Union of Bank Employees stories, you will need to Signin or Register Now