Piket Hari INI!
Berikut adalah pengumuman untuk piket yang akan diadakan hari ini, Selasa, 27 Ogos 2024. Kami mengajak semua pekerja bank untuk hadir dan bersama-sama berjuang demi hak kita!
Masa: 6pm - 7pm
Lokasi Piket:
PRK - Maybank, Jln. Sultan Idris Shah, Ipoh
PKP - Maybank, MWE Plaza, Penang
KLSP - Maybank, River City, Jln. Ipoh, KL
SMJ - Maybank, Graha Peladang, Jln. Hang Tuah, Melaka
Kenapa Kita Berpiket? Kami berpiket kerana CEO bank-bank ini dan terutamanya Maybank tidak mendengar keluhan kami dan terus menekan pekerja dengan cara yang tidak adil. Maybank khususnya telah gagal menangani isu gangguan seksual di cawangannya, menindas mangsa dengan menggantung tugasnya dan membiarkan pelaku terus bebas tanpa tindakan. Ini adalah penghinaan terhadap maruah pekerja dan satu pengkhianatan terhadap polisi dalaman mereka sendiri!
Pentingnya Solidariti: Kita perlu berdiri bersama-sama, bersatu dalam satu suara, untuk menuntut keadilan dan mempertahankan hak-hak kita sebagai pekerja. Kehadiran anda dalam piket ini akan menunjukkan kepada majikan bahawa kita tidak akan berdiam diri apabila hak-hak kita dicabuli. Bersama, kita kuat!
Jom turun ramai-ramai dan tunjukkan semangat kita!
#WeFightInjustice #NUBE #KeadilanUntukPekerjaBank #FightInjustice #Solidarity #PiketLawanTetapLawan #UnionStrong
Likes Comments





To post likes and comments on National Union of Bank Employees stories, you will need to Signin or Register Now