Solidariti untuk Mangsa di Maybank Bercham!
Rakan-rakan sekalian, kini tiba masanya kita berdiri bersama menentang ketidakadilan! Di Maybank Bercham, seorang ahli NUBE telah mengalami gangguan seksual yang berterusan selama tiga tahun oleh seorang pegawai atasan, En. Rosman Jamaluddin. Namun, hingga kini, Maybank gagal mengambil tindakan yang tegas terhadap pelaku dan sebaliknya menghukum mangsa dengan menggantung tugasnya!
Ini bukan hanya tentang seorang mangsa—ini tentang maruah dan keselamatan setiap pekerja wanita di Malaysia. Kita tidak boleh berdiam diri apabila hak-hak kita dicabuli dan mangsa terus ditekan! Kita perlu bersatu padu, berdiri bersama-sama dalam solidariti untuk menuntut keadilan yang sepatutnya.
NUBE tidak akan membiarkan mangsa dihina dan diperlakukan sebegini! Ayuh, kita bangkit dan tuntut Maybank bertanggungjawab!
#WeFightInjustice #NUBE #KeadilanUntukPekerjaBank #FightInjustice #Solidarity #PiketLawanTetapLawan #UnionStrong
Likes Comments





To post likes and comments on National Union of Bank Employees stories, you will need to Signin or Register Now