Piket NUBE PRK di Depan Maybank, MWE Plaza, Penang: Menggegarkan Suara Pekerja!
Semalam, cawangan NUBE PRK telah mengadakan piket yang penuh semangat di hadapan Maybank, MWE Plaza, Penang dari 6pm hingga 7pm. Dengan keberanian dan tekad, ahli-ahli kita berkumpul untuk menunjukkan kepada pihak pengurusan bank bahawa suara pekerja tidak boleh diabaikan!
Kenapa kita berpiket? Kerana kita tidak akan berdiam diri apabila Maybank terus melakukan union busting dan menindas pekerja! Maybank telah gagal melindungi hak-hak pekerja mereka, dan lebih buruk lagi, mereka terus mencabul hak kami dengan mengabaikan aduan yang sah daripada pekerja yang telah dianiaya. NUBE tidak akan berhenti berjuang sehingga keadilan ditegakkan!
Solidariti adalah kekuatan kita! Bersama-sama, kita akan memastikan bahawa semua pekerja dilayan dengan adil dan dihormati. Satu untuk semua, semua untuk satu!
Terima kasih kepada semua yang hadir dan menunjukkan sokongan anda. Perjuangan kita belum berakhir, dan kita akan terus melawan hingga akhir!
#WeFightInjustice #NUBE #KeadilanUntukPekerjaBank #FightInjustice #Solidarity #PiketLawanTetapLawan #UnionStrong
Likes Comments





To post likes and comments on National Union of Bank Employees stories, you will need to Signin or Register Now